21 Mei 2011

Kerabu Rumpai Laut

Bahan A (Tumbuk)

Bawang merah
Bawang putih
Cili kering
Halia
Kunyit hidup

Bahan B

Rumpai laut
Kelapa parut
Santan pekat
Asam keping
Minyak
Air

Bahan C

Bawang besar
Perahan limau nipis
Budu
Cili merah

Cara memasak
  1. Rendam rumpai laut sehingga lembut (lebih kurang 3 jam). Toskan
  2. Panaskan minyak & tumis bahan tumbuk sehingga wangi
  3. Masukkan asam keping & santan, kacau sampai mendidih. Kecilkan api & kacau sekali sekala sehingga kuah pekat
  4. Tuangkan kuah ke atas rumpai laut bersama sedikit budu, bawang besar, cili merah & perahan limau nipis
  5. Gaul sebati
Sent from my BlackBerry®

Tiada ulasan:

Catat Ulasan