Nasi Mushroom

Bahan-bahan

Bahan A
Bawang putih - 8 ulas (dimayang) 
Halia - 2 inci (dimayang) 
Daun ketumbar - 
Minyak bijan 
Kicap soya cair 
Kicap pekat 
Sos tiram
Serbuk lada hitam 
Serbuk lada sulah 
Cendawan hitam - direndam dalam air 
Serbuk pati ayam 
Garam - secukupnya
Gula - 2b
Marjerin 
Beras 
Ayam 

Cara memasak 
  1. Tumis marjerin sehingga panas. Titikkan minyak bijan secukup rasa
  2. Tumiskan bawang putih & halia sehingga kekuningan
  3. Selepas itu, masukkan ayam. Goreng separuh masak
  4. Masukkan bahan-bahan lain seperti serbuk lada hitam, daun ketumbar, kicap, garam dan lain-lain. Masukkan air cukup2 untuk kuah. Perasakan.
  5. Masukkan beras yg telah dibasuh
  6. Masukkan air, daun ketumbar,kicap, mushroom dan lain-lain
  7. Kacau rata beras tersebut bersama bahan-bahan lain
  8. Apabila mendidih, matikan api gas.
  9. Masukkan beras tadi ke dalam rice cooker
  10. Apabila masak, hidangkan panas-panas

Resepi asal : Auntie Koh

Sent from my BlackBerry®

Comments

Popular Post