Bihun Soto Kedah

Bahan A
Bawang putih - dikisar
Bawang merah - dikisar
Halia - dikisar
Serbuk kurma
Santan
Garam
Gula

Bahan B (Sambal Kicap)
Cili
Kicap
Limau Nipis

Bahan hidangan
Isi ayam
Tauge
Limau nipis
Bihun - dicelur
Daun sup
Bawang goreng

Cara Memasak
1.  Rebus dulu ayam, halia dan serai.  Sejukkan ayam dan carikkan isinya.  Air rebusan ayam diasingkan untuk dijadikan sebagai kuah.  Ketepikan.
2.  Tumiskan bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau.
3.  Selepas itu masukkan rempah kurma yang telah dibancuh dengan air dan tumis hingga pecah minyak.  Masukkan santan.
4.  Masukkan air rebusan ayam beserta dengan halia dan serai tadi.  Rebus sampai masak.  Perasakan dengan garam dan gula.
(Kuah diperasakan kurang masin dari masakan biasa kerana kuah tersebut akan dimakan bersama sambal kicap)
5.  Perahkan limau nipis untuk membangkitkan rasa yang lebih enak
Cara Hidangan

1.  Hidangkan bihun dan campurkan bahan hidangan yang lain.  Makan bersama sambal kicap.

Credited to Asue for the recipe

Comments

Popular Post