19 Mac 2017

Ubi Kayu Goreng Indonesian Style



Bese kt negara kita, ubi kayu ni kalo x rebus makan dgn gula, kita buat pengat @ buat kuih. Tp kalo kat Indon ni, ni cemilan / kudapan sore (petang) yang biasa ditemui dijual oleh penjaja. Nama makanan ni Singkong Goreng, tapi bukan King Kong ye . Singkong tu maksudnya ubi. Kalo tengok rupa menu ni, biasa2 je. Tapi bile dah makan..mcm tak leh berhenti lak. Rasanya ala2 rangup gittew.

By the way, sape yang nak cuba buat boleh try la ye..Yang penting cari ubi kayu yang tak masuk angin. Biasanya kulit ubi kayu yang terkopek panjang tu petanda ubi kayu tu dah masuk angin. Bahan dia mudah giler mcm resepi kat bawah. Tapi ada caranya taw.. Ada banyak version untuk masak Singkong Goreng (Ubi Kayu Goreng) ni. Tapi sebab saya ni terrrrr lebih rajin saya suka simplify resepi. Biasa orang kukus dulu ubi tu then goreng. Tapi saya goreng terus je. Utk maksimumkan rasanya, goreng dua kali.

Kalo nak lebih crunchy, gunakan air sejuk untuk bancuh bahan2 sebelum perap sekejap dengan ubi. Tapi kalo air sejuk tarak, air biasa pon boley .
_____________________________________________________
UBI KAYU GORENG INDONESIAN STYLE
_____________________________________________________
======================
Bahan A (dikisar halus)
======================
Bawang putih - 4 ulas
Biji ketumbar - 1 sb
==============================
Bahan B (dibancuh bersama)
==============================
Air sejuk - 1/2 cawan
Garam - 1 sk
Ubi kayu - dipotong memanjang seperti di gambar
==============================
Cara Memasak
==============================
1. Ubi kayu digaul dengan Bahan A & B (kalau takde air sejuk masukkan air biasa pun takpe)
2. Panaskan kuali dengan minyak yang banyak (agak2 sampai boleh tenggelamkan ubi kayu)
3. Goreng ubi kayu hingga setengah masak. Pastu angkat dan toskan ubi kayu dan tutup api kuali. Biarkan jap ubi kayu supaya agak sejuk then rendam kembali dalam bancuhan tadi. Sambil tu boleh panaskan balik kuali.
4. Bile minyak dah panas, masukkan balik ubi kayu dan goreng sehingga warna ubi bertukar jadi sedikit oren. Angkat dan toskan.
5.  Sedap dimakan panas2.
* Goreng dua kali tu untuk maksimumkan rasa & nak bagi ubi kayu tu crunchy. Tp goreng sekali pon shud be no problem. Kalo hidang pon abes juga insyaallah 
____________________________________________________
Bersiaran dari :
DAPUR WANA
www.dapurwana.blogspot.my
____________________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan