Kek Oren Lembap & Sedap Insyaallah Jadi
Bahan-bahan
Mentega – 150 gram
Gula kaster – 115 gram
Telur Gred A (penuh) – 3 biji
Tepung naik
sendiri – 160gm (saya gunakan MFM Flour)
( boleh juga gunakan 160gm tepung gandum & 1sk baking powder & diayak bersama )
( boleh juga gunakan 160gm tepung gandum & 1sk baking powder & diayak bersama )
![]() |
Paddle attachment |
Jus oren – 2sb
Parutan kulit oren – sedikit (optional)
Pewarna kuning - sedikit (optional)
(Dalam masakan ni saya tak masukkan pewarna kuning)
Cara Penyediaan
- Sebelum mula baking, panaskan oven lebih kurang 10 minit, suhu 170 atas dan bawah.
- Masukkan mentega & gula ke dalam mangkuk mixer. Adunkan dalam mixer menggunakan mata ‘Paddle’. Pukul adunan sehingga kembang.
- Kemudian masukkan telur satu persatu supaya adunan tidak menjadi pecah dan bergumpal . Pukul lagi adunan
- Sedikit
demi-sedikit masukkan tepung serbaguna dan teruskan kacau adunan. Masukkan
sedikit demi sedikit jus oren & pewarna kuning. Apabila adunan telah sebati, masukkan parutan
kulit oren.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ - Sediakan loyang. Saya gunakan loyang 8x8. Sapu marjerin menggunakan berus kek ke dasar loyang. Kemudian Alaskan dengan kertas baking. Kertas baking saya potong bulat mengikut saiz loyang.
- Masukkan adunan tadi ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian, hentak beberapa kali loyang supaya kek tidak terlalu berongga dan permukaan sekata.
- Bakar lebih kurang 40 minit sehingga sejam @ sehingga kek masak. Waktu kek saya dibakar lebih kurang 50 minit. Waktu memasak adalah bergantung dengan oven masing-masing.
- Untuk mengetahui kek tersebut telah masak atau tidak, saya gunakan lidi & dicucuk ke dalam kek. Sekiranya ada adunan yang terlekat & masih basah bermakna kek belum masak. Sekiranya kek telah masak, tiada adunan yang terlekat pada lidi. Jika ada pun, ia kelihatan seperti serbuk kerana telah masak.
Resepi asal
: AZIE KITCHEN
Terbaikk ayang..memang sedap lagi2 bila dimakan selepas keluar dari oven.huhu :)
ReplyDeletethanks syg. i did it because of u
Delete