Sup Suhun dan Kentang

Jika melihat bahan-bahan masakan ini, nampak sangat ringkas. Namun saat dihidangkan apatah lagi ketika masih panas-panas, hidangan ini sangat memuaskan hati.

Menu ini sangat sesuai untuk ibu-ibu yang sedang berpantang kerana ia boleh memberikan sedikit rasa 'hangat' pada badan kerana ibu-ibu berpantang pada kebiasaannya berasa tubuh sedikit sejuk. 

Menu ini seeloknya disajikan & dimakan sebaik sahaja selepas masak kerana jika dibiarkan agak lama, suhun akan menjadi kembang & kuahnya juga sejuk.

Selamat mencuba!

BAHAN-BAHAN
Kentang - 1 biji (dikupas kulit & dipotong dadu)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 3 ulas
Cili merah - 2 biji
Ikan bilis - ½ cawan
Suhun - 10 gm (direndam)
Air - 1 ½ cawan 
Minyak - 1 sudu (Untuk menumis)
Cukup rasa- 1sk
Garam secukup rasa

Daun bawang - dihidangkan bersama
Bawang goreng - dihidangkan bersama

CARA MEMASAK
1. Bawang putih, bawang merah, & ikan bilis ditumbuk sehingga lumat

2. Tumis bahan tadi bersama dengan minyak sehingga warna bahan tumisan bertukar menjadi warna perang.

3. Masukkan air, cili dan kentang & biarkan sehingga kentang agak lembut

4. Masukkan suhun & didihkan. Matikan api.

5. Hidangkan panas-panas bersama daun bawang & bawang goreng.

Sumber : Majalah Berpantang Cara Alami, Pa&Ma

Comments

  1. Simple je resepi ni tp sedap pekena ngn sambal tumis ikan bilis

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post