Laksa Thai

Bahan utk kisar :

1kg isi ikan yang direbus dan diasingkan tulangnya
5 btg cili padi merah
1 sudu teh lada hitam
2 inci kunyit hidup
2 inci lengkuas
2 btg serai
1 inci halia

Bahan ulam  :
3 ulas bawang putih (potong nipis2, goreng bersama sedikit minyak sampai perang kacang panjang potong nipis2(pilihan)
Timun hiris tipis
Kubis – mayang halus
Taugeh
Sawi jeruk - hiris nipis

Bahan Lain :
1 paket laksa kering – Rebus dan siram dengan air setelah masak untuk elak laksa kembang

1 kg ikan sardin / kembung / selar – rebus bersama asam keping dan sedikit garam
Santan
8 helai daun limau purut
Serbuk cili (cili kering yang dibersihkan di goreng tanpa minyak dengan api perlahan.  Apabila garing angkat dan biarkan sejuk. Selepas tu blender sampai hancur)


Cara Memasak 
Masukkan santan dan semua bahan yang di kisar tadi.  Masak dengan api kecil.

Apabila telah mendidih, masukkan daun limau purut, gula & garam

Biarkan di atas api sehingga kuah agak pekat.

Hidangkan bersama ulam-ulam tadi


Comments

Popular Post