Spageti Kari Hijau Thai


SPAGETI KARI HIJAU THAI

(SPAGHETTY KAENG KHIAO WAN)

BAHAN A (PES KARI) - DIKISAR HALUS
Bawang merah - 4 ulas
Bawang putih - 4 ulas
Cili padi hijau - 10 batang (tergantung kepedasan masing²)
Serai - 1 batang (dihiris nipis)
Lengkuas - 1 inci
Halia - ½ inci
Daun selasih - 1 genggam
Daun ketumbar - 1 pohon (termasuk akar diambil)
Serbuk ketumbar - 1 sb
Serbuk jintan manis - ½ sb
Serbuk lada sulah - ½ sb
Belacan - 1 inci

BAHAN B (KUAH)
Santan
Ayam - dipotong kecil
Daun selasih - 1 genggam
Daun limau purut - 5 helai
Tomato
Terung pipit
Terung bulat
Kacang panjang
Sos ikan - 3 sb
Jus limau nipis - 3 sb
Gula padi / gula melaka

BAHAN D
Spageti

CARA MEMASAK PES
1. Kisar halus semua bahan A
2. Masukkan sedikit minyak & tumiskan bahan-bahan di atas sehingga garing
3. Matikan api

CARA MEMASAK KUAH
1. Masukkan pati santan ke dalam periuk
2. Masukkan pes yang telah ditumis tadi
3. Masukkan ayam. Tunggu sehingga ayam agak kecut
4. Masukkan air & bahan-bahan lain kecuali daun selasih. Tomato dimasukkan agak kemudian kerana ia cepat masak.
5. Gulai perlu sentiasa dikacau agar tidak pecah minyak
6. Apabila kuah telah mendidik & ayam empuk, masukkan daun selasih
7. Tutup api

CARA MEMASAK SPAGETI
1. Patahkan dua spageti & masukkan dalam periuk berisi air.
2. Masukkan 1 sudu besar minyak masak & satu sudu teh garam. Kacau
3. Masak sehingga sebati.
4. Spageti perlu dikacau sekali-sekala agar tidak melekat antara satu sama lain.
5. Setelah spageti masak, toskan air. Ketika toskan, alirkan air paip ke spageti. Pisah-pisahkan spageti yang melekat antara satu sama lain & toskan dengan air. Tujuan spageti dibasuh dengan air untuk elakkan spageti tersebut terus kembang kerana keadaan panas.

#SpagetiKariHijauDapurWana
#KariHijau
#DapurWana
#ThaiDapurWana

________________________________________

"Jika tidak dapat menjadi asbab kebaikan untuk orang lain, usahakanlah memelihara dirimu agar tidak menjadi asbab keburukan kepada orang lain".

Sabda Rasulullah ﷺ :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban)

Rasulullah saw pernah ditanya tentang siapakah sebaik-sebaik Muslim, maka jawab baginda Nabi ﷺ:

مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“(Mereka) yang memberikan rasa tenteram kepada saudara Muslimnya daripada gangguan lisan dan tangannya.” (Riwayat Bukhari)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata:

وَنَفْسُكَ إِنْ أَشْغَلَتْهَا بِالحَقِّ وَإِلاَّ اشْتَغَلَتْكَ بِالبَاطِلِ

Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal kebaikan, pasti akan disibukkan dengan perkara² batil (keburukan)

Comments

Popular Post