Masak Lemak Itik Salai (Tanpa bawang)

 


Dah lama teringin nak makan masak lemak itik salai. Biasa kalo kat Lembah Klang, slalu gi makan Itik Salai Masthar yang sedap giler. Tp since dah pindah ke Kelantan ne & PKP plak dah lama tak merasa. Selalunya bile sy meeting kt Putrajaya, mesti singgah gi makan kt sini melepas gian.

Memandangkan kat sini itik jarang dibuat masak lemak tetapi digulai Kerutuk, terpaksalah buat sendiri. Nak mencari itik salai tu agak adventure, setakat ni belom jumpe kt sini. So kena buat from scratch la termasuk salai.

Hokay, masak lemak yg sy buat ni masak lomak nogori so memang tak pakai bawang. Jadi memang takde bawang dalam ingredients tu. Masak lemak nogori ni memang tak pakai bawang, tp pakai serai & byk giler cili padi. Boleh cuba ye.

Bahan A
Itik - dipotong mengikut saiz kesukaan masing²
Cili padi - 20 - 25 buah (kisar halus)
Kunyit hidup - 1 inci (kisar halus)

Serai - 2 batang (dititik)
Halia - 1 inci (dititik)
Lengkuas - 1 inci (dititik)
Asam keping - 2
Air - ½ cawan

Bahan B
Air asam jawa
Daun kunyit - dihiris lebar
Santan (kalo guna santan segar lagi sedap)
Air
Garam
Cukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

1. Bersihkan itik salai dengan air asam jawa untuk hilangkan bau hanyir. Itik walaupun telah disalai masih mempunyai bau hanyir. So penggunaan air asam jawa boleh kurangkan bau hanyir.

2. Masukkan bahan A & garam ke dalam periuk & masak dengan api sederhana sehingga mendidih & isi itik menjadi agak lembut serta bahan² tadi telah meresap ke daging itik

3. Masukkan santan, daun kunyit & sedikit air (jangan terlalu banyak air kerana masak lemak lebih sedap jika santan pekat). Perasakan & biarkan santan mendidih. Sentiasa kacau santan supaya santan tidak pecah minyak.

4.  Masak agak lama sedikit kerana daging itik ambil masa untuk lembut.

5. Perasakan garam & cukup rasa.

6. Sedap dimakan panas² 

Comments

Post a Comment

Popular Post