Keropok Ubi Bihun Goreng Kuah Sate Padang


Keropok ini merupakan nostalgia saya ketika bertugas di Indonesia selama 3 tahun. Keropok ini diperbuat dari ubi kayu & diperasakan dengan kuah sate padang kemudian diletakkan bihun goreng diatasnya.


Keropok ini sangat berbeza dengan keropok lain yang ada di Malaysia kerana saiznya yang besar.

Nama lain keropok ini Karupuak Kuah Sate Pakai Mee biasanya dijual oleh penjaja. Sangat enak dimakan & mengenyangkan. Saya & anak-anak sangat menggemari keropok ini.

Ketika saya bertiga dengan anak-anak di Indonesia selama tiga (3) tahun saya sering membeli keropok ini dari penjaja di Masjid Agung Annur. Beli & terus makan di sana.

Akhir-akhir ini anak perempuan saya menyebut-nyebut tentang keenakan keropok ini dan teringin hendak memakannya.

So demi tidak mengecewakan keinginan anak saya, saya gigih menyediakan makanan snek asli orang Padang Indonesia.

Oleh kerana sekarang bulan Ramadhan, saya sediakan makanan ini untuk dimakan pada waktu sahur sambil menyambut kedatangan suami yang baru sampai dari KL.

Since kami ada small celebration untuk husband yang baru sahaja memperoleh pekerjaan idamannya, saya selitkan dengan makan makanan ini untuk bagi suami try kerana dia belum pernah mencuba makanan ini.

Tahniah encik suami di atas achievement baharu.  Semoga ia akan memberi sinar untuk kita sekeluarga.


BAHAN KUAH SATE PADANG


Bahan A : Dikisar

Cili merah - 
Bawang merah - 5 ulas
Bawang putih - 5 ulas
Halia - 4gram
Lengkuas - 7 gram
Kunyit - 8 gram

Bahan B : Lain-lain

Serai - 2 btg (dititik)
Daun Kunyit - 1 helai (dihiris nipis)
Daun limau purut - 2 helai (dihiris nipis)
Tepung beras - 5 sb @ secukupnya (dibancuh dengan air)
Air - 700 ml
Serbuk perasa daging - 1sk (optional)
Garam - secukupnya

CARA PENYEDIAAN KUAH SATE

1.  Tumiskan semua bahan kisar sehingga matang & berubah warna
2.  Masukkan serai, daun limau purut & daun kunyit. Masukkan garam.
3.  Tuang air. Setelah kuahnya mendidih masukkan bancuhan tepung beras.
4.  Kuah perlu kerap dikacau supaya tidak bergumpal. Masukkan garam & perasa.
5.  Setelah kuah mendidih, matikan api.

BAHAN BIHUN GORENG



Bahan A (Kisar)

Cili merah besar - 5 batang
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah - 6 ulas

Bahan B
Air
Bihun - direndam dalam air biasa
Daun bawang - 1 helai (hiris)
Serbuk lada sulah - ½ sk
Garam - secukupnya
Keropok ubi ( juga dipanggil kerupuk ubi / kerupuk singkong / opak )

CARA PENYEDIAAN BIHUN GORENG

1. Tumiskan bahan A hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air, garam, serbuk lada sulah & perasa. Kacau sebati.
3. Masukkan bihun, daun bawang & gaul sebati.
4. Tutup api.

BAHAN LAIN-LAIN

Keropok ubi / opak - digoreng dengan minyak seperti menggoreng keropok ikan.

Kat mane nak dapat keropok ni? Sy beli kat Shopee. Saiz sebenar keropok ni sebenarnya besar senang je nak dapat kat Indonesia. Tapi kat sini saya belum jumpa saiz yang besar macam kat Indonesia.







CARA HIDANGAN

Step by step cara hidangan


1. Ambil keropok ubi yang telah digoreng.
2. Ratakan kuah sate padang diatas keropok ubi.



3. Letak bihun diatas keropok



4. Sedia dihidangkan.

Comments

Popular Post