Ayam Goreng Ala KFC Marvellous


BAHAN A (CELUP TEPUNG)

Ayam - dibelah besar & dibersihkan
Tepung bestari - 1 cawan
Tepung beras - 1 cawan
Air sejuk (lagi bagus kalau letak ais)
Minyak banyak - untuk menggoreng menggunakan teknik deep fry
(Nisbah tepung gandum : tepung bestari / 1:1)
Jika tambah lagi adunan nisbahkan sedemikian juga

BAHAN B (Optional)

Dikisar halus, kemudian perap ayam sekurang-kurangnya ½ jam dalam peti ais. Kemudian kukus lebih kurang 10minit
Bawang putih - 5 ulas
Halia - 2 inci
Serbuk lada hitam - secubit
Serbuk ketumbar - 1sk
Serbuk cili kering - 1sk
Jus limau nipis - 1sk
Kiub ayam - 1 ketul
Gula
Garam
Susu / santan - ½ cawan

CARA PENYEDIAAN BAHAN A

1.  Gaul sebati tepung beras & tepung bestari. Campurkan garam & gaul lagi.

2.  Bahagikan adunan kepada dua bekas. Jadi akan ada 2 bekas tepung : Tepung A & Tepung B

3.  Kemudian dalam bekas lain, masukkan air (sebolehnya air + ais). Bahan ini digunakan supaya ayam goreng menjadi rangup

4.  Mula-mula ambil ayam tadi & gaulkan dalam adunan Tepung A. Kemudian celupkan sebentar ke dalam ayam. Cepat-cepat angkat & gaulkan dalam Tepung B.
(Jangan skip langkah di atas. Cara tadi untuk menghasilkan kulit ayam yang keriting & rangup)

6.  Masukkan dalam minyak banyak. Gunakan api sederhana.

7.  Angkat apabila ayam masak. Toskan sebelum dihidangkan.

OPTIONAL :

PENYEDIAAN BAHAN B

Cara ini saya gunakan untuk menghasilkan ayam yang mempunyai rasa yang meriah rasa dari dalam & masak serata kerana jika goreng terus dengan tepung adakalanya adunan tepung terlebih masak sedangkan ayam di dalam masih belum masak.

1.  Masukkan air ke dalam periuk pengukus.

2.  Susun ayam samaada terus ke atas periuk pengukus yang berlubang @ boleh letakkan di dalam loyang (perlu pastikan ada ruang udara agar ayam dikukus elok)

3.  Lebih kurang 10 - 15 minit kukus ayam. Kemudian boleh ulangi langkah Cara Penyediaan Bahan A.

Comments

Popular Post