Karipap Crispy Insyaallah Sodap!


BAHAN A (KULIT KARIPAP)
(Dapat menghasilkan lebih kurang 6-7 biji karipap saiz sebesar permukaan tapak tangan)

Tepung gandum - 2 cawan
Garam - 1sk
Minyak masak - ¼ cawan (dipanaskan dalam kuali)
Marjerin / mentega - 1sb (dipanaskan dalam kuali bersama minyak masak)
Air sejuk peti ais - 1 cawan (tidak perlu habiskan jika doh tidak lagi melekat)

BAHAN B (INTI KARIPAP)
Sila klik link untuk resepi inti Karipap Kentang.

CARA PENYEDIAAN BAHAN A :

1.  Masukkan tepung ke dalam mangkuk besar. Gaul sebati dengan garam.
2.  Bentukkan bulat di tengah adunan. Tuang minyak masak & marjerin yang telah dipanaskan tadi.
3.  Gaul adunan tadi dengan garfu @ apa² tools yang disukai. Jangan gaul dengan tangan ye sebab panas kang melecur tangan.
4.  Ramas-ramaskan doh apabila adunan tadi tidak terlalu panas. Hancurkan serbuk yang agak berketul tadi.
5. Apabila doh telah menjadi seperti serbuk roti,  sedikit demi sedikit masukkan air & gaul.   
6.  Jangan masukkan kesemua air dalam cawan, sesuaikan adunan dengan kuantiti air. Apabila doh telah lembut & tidak melekat bermakna doh telah ready untuk dicanai.
7.  Bentukkan doh bulat² sesuai dengan saiz karipap yang diingini. Then canaikan supaya doh leper. 

BENTUKKAN KARIPAP CARA MANUAL :

8.  Selepas itu tekapkan acuan bulat di doh tadi supaya bentuk adunan bulat seperti roti canai.
9.  Masukkan inti karipap di sebelah doh karipap yang telah dicanai tadi. Then lipat karipap. Kelim tepi karipap. Sedia digoreng.

BENTUKKAN KARIPAP MENGGUNAKAN ACUAN:

9.  Masukkan doh kulit karipap yang telah dicanai sesuai dengan saiz acuan.
10.  Masukkan inti di sebelah acuan sahaja. Kemudian tekap acuan karipap tadi. Buang lebihan doh karipap tadi dari acuan 
11.  Buka acuan karipap tadi. Keluarkan karipap dari acuan dengan berhati². 
12.  Jika berpuas-hati dengan bentuk kelim tepi, boleh proceed goreng. Sesetengah orang selepas masuk acuan, kelim lagi tepi karipap dengan manual (menggunakan tangan).

MENGGORENG KARIPAP :

1.  Masukkan minyak ke dalam kuali (agak² karipap dapat ditenggelamkan). 
2.  Apabila minyak betul² panas, perlahankan api gas ke api sederhana. Then masukkan karipap.
3.  Jangan pakai api besar untuk goreng karipap kerana kulit karipap akan hangus. Gunakan api sederhana & sekali-sekala balikkan karipap.
4.  Apabila warna kulit karipap telah berubah menjadi sedikit gelap, angkat karipap & toskan.

Comments

Popular Post