Karipap Kentang Crispy & Sedap


BAHAN A (Kulit karipap)
Sila klik link untuk resepi kulit karipap.

BAHAN B (INTI KARIPAP)
(Untuk 6-7 biji karipap : bergantung kepada saiz ubi kentang)

Bawang putih - 2 ulas
Bawang besar - ½ biji
Cili kering - 1sb (saya gunakan serbuk cili kering dibancuh dengan air)
Serbuk kari ayam - 2 sb (bancuh dengan air)
Ayam / daging - ½ cawan (dicincang)
Ubi kentang - 3 biji dikupas kulit & dipotong dadu
( Kalo ada Chopper boleh masukkan dalam chopper untuk memudahkan kerja memasak )
Daun kari - ambil daun sahaja (optional, kalo ada lagi sedap)
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1.  Masukkan 4 sb minyak masak. Tumiskan bawang putih & bawang besar sehingga keperangan.
2. Masukkan serbuk kari & cili kering. Tumis hingga garing.
3.  Masukkan ayam / daging. Tumis hingga ayam masak.
4.  Masukkan ½ - 1 cawan air. Masukkan kentang. Perasakan dengan garam gula.
5.  Masak sehingga kentang empuk. Tutup api & biarkan kentang sedikit dingin sebelum dimasukkan ke dalam kulit.

Comments

Popular Post