Kerabu Suhun Klasik Thai - Yam Woon Sen Boran (ยำวุ้นเส้นโบราณ)
BAHAN A
Bawang putih - ½ cawan
Udang kering - 50g (rendam dengan air panas.) Toskan
Daging cincang - 200g
Sos ikan - 1sb
Air - ½ cawan
BAHAN B - KUAH (Kacau sebati)
Gula kabung - 2 sb
Jus limau nipis - 3 sb
Minyak bawang putih - 1 sb
Sos ikan - 2 sb
Bawang merah - ¼ cawan (hiris)
Cili padi - ¼ cawan (hiris)
BAHAN C
Suhun - rendam dengan air sejuk & potong.Kemudian rebus. Toskan
Daun sup - hiris
Kacang tanah - disangrai & dibuang kulit
Lada kering - digoreng dengan minyak
CARA PENYEDIAAN
TUMIS LAUK
1. Tumis bawang putih dengan minyak
2. Kemudian masukkan daging cincang. Kacau hingga masak
3. Masukkan sos ikan & air. Kacau sebati.
4. Masukkan udang kering.
5. Ketepikan
KUAH
1. Masukkan Bahan B dalam mangkuk. Kacau rata & perasakan masam, manis, masin & pedas.
GAULKAN BERSAMA
1. Gaulkan bersama lauk yang ditumis bersama kuah.
2. Kemudian masukkan suhun. Gaulkan sebati.
3. Setelah gaul rata, taburkan daun sup, kacang tanah & lada kering di atasnya.
4. Sedia dihidangkan.
Comments
Post a Comment