Sambal Tumis Udang Petai

 

Bahan A
Bawang putih - 3 ulas (dihiris)
Bawang besar - 1 labu (dihiris)
Cili kering - 2sb (saya gunakan serbuk cili kering dibancuh dengan air)

Bahan B
Udang - dibersihkan
Asam keping - 2 keping
Petai - diambil isinya sahaja
Belacan - 1 inci (optional / saya tak letak)
Kicap manis - 1sb (optional)
Air - 1 cawan
Gula
Garam
Serbuk perasa (jika suka)

Cara Memasak
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  2. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula, serbuk perasa, asam keping, kicap. Masak sedikit lama.
  4. Apabila telah pekat masukkan sedikit air supaya sambal tumis tidak terlalu pekat. Masukkan petai.
  5. Setelah itu masukkan udang. Balik-balikkan udang sehingga masak.
  6. Tutup api apabila telah masak

Comments

Popular Post