Kek Marble Warna Warni

Bahan-bahan
Mentega (Salted) yang telah lembut - 250g(Jika gunakan unsalted butter, boleh tambahkan sedikit garam dalam adunan. Jika tiada mentega boleh juga gunakan marjerin).
Gula kastor - 190g
Telur saiz A@B - 4 biji
Esen vanila - 1sk
Tepung naik sendiri - 250g
Susu segar / full cream - 60ml
Pewarna (mengikut warna yang disukai)

Cara Penyediaan :
  1. Kacau mentega guna attachment whisk. Masukkan gula kastor. Pukul sampai kembang & warna bertukar menjadi warna kuning pucat. Ketika tengah kacau adunan, berhenti sebentar untuk kaup adunan (hanya jika gunakan stand mixer)
  2. Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan kacau adunan. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar @ full cream.
  3. Siap diadun. Hasil adunan pekat & tidak terlalu cair.
  4. Bahagikan adunan kepada beberapa bekas untuk warnakan mengikut kesukaan masing-masing. Terpulang berapa warna yang hendak diletakkan & agak-agak kuantiti lebih kurang sama.
  5. Titikkan adunan dengan warna. Kemudian kacau agar sebati. Teruskan mewarna bekas yang lain.
  6. Sediakan loyang.  Saya gunakan loyang 8x8.  Sapu marjerin menggunakan berus kek ke dasar loyang.  Kemudian Alaskan dengan kertas baking. Saya tekapkan loyang di kertas baking & lorek menggunakan pen bentuk loyang. Kemudian saya potong bulat mengikut saiz loyang.
  7. Sudukan adunan warna berselang-seli. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Apabila telah siap hentakkan loyang beberapa kali supaya kek tidak berongga & permukaan jadi sekata.
  8. Selepas itu boleh gunakan lidi untuk bentukkan corak marble dengan cara melorek lidi dari permukaan hingga ke dasar kek, dengan lorekan kreativiti masing.
  9. Sebelum mula baking, panaskan oven lebih kurang 10 minit, suhu 150 atas dan bawah.
  10. Bakar suhu 150°c, suhu oven atas & bawah dalam anggaran 45minit.Waktu memasak adalah bergantung dengan oven masing-masing. 
  11. 20 minit sebelum anggaran kek masak, keluarkan kek & tutup kek dengan aluminium foil @ penutup periuk (leper) & masukkan kembali ke dalam oven & teruskan membakar. Tips ini digunakan untuk mengelakkan kek cepat perang di bahagian atasnya.
  12. Untuk mengetahui kek tersebut telah masak atau tidak, saya gunakan lidi & dicucuk ke dalam kek. Sekiranya ada adunan yang terlekat & masih basah bermakna kek belum masak.
  13. Sekiranya kek telah masak, tiada adunan yang terlekat pada lidi. Jika ada pun, ia kelihatan seperti serbuk kerana telah masak.
  14. Sejukkan sebentar kek. Setelah itu barulah keluarkan kek dari loyang. Cara mengeluarkan kek dari loyang, tekap cooling rack di atas kek tadi. Boleh alaskan kain bersih di bawah cooling rack.
  15. Cooling rack tadi akan memberikan bentuk bergaris-garis & menambah seri kek tadi. Dengan berhati-hati, terbalikkan kek.
  16. Tanggalkan kertas baking / parchment paper di dasar kek. Kemudian letakkan kembali di atas loyang. Boleh potong kek ikut kesukaan masing-masing.
Resepi : Che Nom

Comments

Popular Post