Kailan 2 Rasa yang sangat enak


Terdapat dua teknik  berbeza yang digunakan untuk menyediakan masakan ini iaitu untuk memasak batang kailan & daun kailan. 

BAHAN A - BATANG KAILAN
(Tumis dengan sos tiram)

Bawang putih - 1 ulas (dicincang halus)
Minyak masak - 1sb (untuk menumis)
Batang kailan
Gula - 1 sk

BAHAN B- DAUN KAILAN
(Deep fry dengan minyak banyak)

Daun kailan - dimayang halus (seperti daun pandan yang dimayang halus untuk Bunga Rampai)
Minyak - banyak hingga menenggelamkan daun yang digoreng

CARA PENYEDIAAN

Bersihkan daun kailan dengan air. Kemudian pisahkan bahagian batang dengan daun kailan dengan cara memotongnya. Urusan memotong akan jadi lebih mudah jika menggunakan pisau kecil.

Cara Penyediaan : BATANG KAILAN

1.  Gunakan peeler untuk memudahkan urusan mengikis kulit luar batang kailan yang agak keras
(Jangan skip langkah ini kerana jika kulit luar kailan tidak dibuang, kailan akan keras & tidak sedap untuk dimakan)

2.  Batang kailan mudah diuruskan sekiranya cabang-cabangnya dipotong sehingga tinggal batang yang lurus sahaja.

3.  Kikis sehingga batang kailan yang agak gelap tanggal & hanya tinggal batang yang bewarna lebih muda.

4.  Potong menyerong & nipis batang kailan.




Cara Penyediaan : DAUN KAILAN

1.  Susun lebih kurang 3-5 lembar daun. Kemudian gulung rapat daun tersebut (cara seperti memotong daun pandan untuk menghasilkan bunga rampai.

2.  Mayangkan daun kailan halus-halus.

3.  Sedia untuk digoreng.









CARA MEMASAK

Cara Memasak :
BATANG KAILAN

1.  Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga keperangan.
2.  Masukkan batang kailan, sos tiram & gula. Kacau rata. Apabila telah masak matikan api.
3.  Susun batang kailan di dalam piring di bawah. Di atasnya nanti akan diletak daun kailan yang akan digoreng nanti.


Cara Memasak :
DAUN KAILAN MENGGUNAKAN TEKNIK DEEP FRY

1.  Panaskan minyak yang banyak dalam kuali anggaran sehingga dapat menenggelamkan keseluruhan daun. Gunakan api besar untuk memasak

2.  Apabila minyak telah betul-betul panas, masukkan daun kailan. Goreng menggunakan teknik deep fry. Sekali-sekala balikkan daun kailan.

3.  Masak sehingga daun kelihatan agak 'crunchy'. Angkat & tapiskan daun supaya minyak tidak bersisa.

4.  Susun daun kailan goreng tadi di atas batang kailan yang telah dimasak.
Siap dihidangkan.

Comments

Popular Post