Cendawan Enoki Goreng Crispy



Di tempat saya sekarang kerap hujan. So petang-petang time hujan seronok juga layan makanan yang disediakan panas-panas.

Pada kebiasaannya, hanya cendawan tiram yang biasa masyarakat kita goreng celup tepung. So apakata kali ni cipta kelainan masak cendawan enoki pula.

Hari ini anak perempuan saya yang tolong jadi chef. So credit untuk dia lah ye gambar resepi ini.

Bahan A
Tepung beras - ½ cawan
Tepung bestari (pedas) - ½ cawan
( Jika tiada tepung bestari boleh gunakan tepung gandum + serbuk lada putih + serbuk kari ayam )
Garam - Jika belum masin boleh ditambahkan

** Nisbah tepung beras : tepung bestari / 1 : 1
Kuantiti tepung beras & tepung bestari. disesuaikan dengan kuantiti cendawan yang hendak digoreng


Bahan B
Air peti ais (sejuk) - secukupnya
Cendawan enoki - dipotong akarnya, dibersihkan & dipisah-pisahkan

Cara Penyediaan :
1. Gaul Bahan A terlebih dahulu sebelum dicampurkan dengan air sejuk kerana adunan kurang larut apabila telah dicampurkan air sejuk.

2. Bancuh Bahan A dengan Bahan B hingga mesra. Kepekatan adunan tidak terlalu cair & tidak terlalu pekat.

3. Salutkan cendawan enoki dengan tepung.  Kemudian panaskan minyak yang banyak dalam kuali & goreng cendawan  dengan api besar.

4.  Apabila telah garing, angkat & toskan.

5.  Sedap dihidangkan panas-panas & dicicah sos.

Comments

Popular Post