Suhun Goreng Thai/Pad Woon Sen (ผัดวุ้นเส้น)


Nampak macam bihun, tapi bukan. Masaknya sangat simple tapi rasanya sangat menyelerakan. Selamat mencuba!

BAHAN A

Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah - 1 ulas
Telur - 2 biji
Udang (atau apa² protein lain) / perapkan dengan 1sk kicap @ sos ikan semasa siapkan bahan masakan lain
Suhun - direndam dengan air suhu bilik lebih kurang 10 minit. Tapis & potong suhun supaya keratannya jadi pendek

BAHAN B

Sos tiram - 1sb
Kicap manis - ½ sb
Kicap Golden Mountain Sauce - 1sk (Jika tiada boleh gantikan dengan Sos Seasoning Maggi)
Daun Petai Belalang - diambil daunnya sahaja
(Boleh masukkan apa² sayur yang disukai contohnya kubis, carrot, dan lain²)
Gula - 1sk
Garam - secukupnya
Serbuk lada putih - 1sk
Lada besar - 1 batang (dihiris nipis)

Boleh gunakan apa sahaja brand
suhun yang ada



BAHAN C (Dihidangkan bersama)

Daun bawang - dihiris panjang
Timun - dihiris memanjang


CARA PENYEDIAAN

1.  Campurkan bersama sos tiram, kicap manis & kicap Seasoning Maggi dalam satu mangkuk kecil.

2.  Panaskan kuali & masukkan minyak masak. Tumiskan bawang putih. Masak bawang putih sehingga keperangan.

3.  Masukkan udang @ apa² protein yang disukai. Goreng hingga masak.

4.  Angkat udang tadi & tinggalkan bawang putih sahaja. Asingkan udang dalam bekas berasingan.

5.  Tambahkan sedikit minyak lagi. Apabila telah panaskan masukkan telur. Jangan kacau dulu telur. Biarkan ia separuh masak, baru kacau.

6.  Selepas telur masak, masukkan sayur & cili. Kemudian masukkan ½  kicap² yang telah dibancuh tadi. Kacau dengan cepat.

7.  Masukkan suhun & serbuk lada sulah. Tambahkan lebihan kicap tadi & gula. Kacau sebati suhun tersebut. Perasakan. Masukkan udang yang digoreng tadi & kacau.

8. Angkat & hidangkan panas-panas.

Comments

Popular Post