Kuih Cara Thai (Kanom Krok) Yang Sangat Sedap



BAHAN A - KULIT (DIKISAR HALUS)
Nasi yang dimasak - 50g
Tepung beras - 50g
Air - 1 cawan
Santan - ¼ cawan
Kelapa parut - ¼ cawan
Gula kabung (Jika tiada boleh gunakan Gula melaka) - 30g (dihiris)
Garam - ¼ sk

BAHAN B - FILLING (DIGAUL SEBATI)
Santan - 1 cawan
Gula pasir - 2sb
Garam - ¼ sk
Tepung beras -2sb

BAHAN C - TOPPING (OPTIONAL)
Daun bawang - dihiris
Jagung manis yang telah dimasak
Ubi keladi rebus yang telah dipotong kiub


CARA PENYEDIAAN:

UNTUK KULIT:
Masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar hingga sebati.

UNTUK FILLING:
Kacau tepung beras, gula dan garam bersama sehingga tidak ada gumpalan tepung. Masukkan santan dan kacau hingga gula larut.

* Kedua-dua adunan boleh dibuat terlebih dahulu dan disimpan di dalam peti sejuk.  Pastikan adunan dalam  suhu bilik sebelum menggunakannya.  Sekiranya adunan kulit terlalu tebal anda boleh tambahkan sedikit air supaya kulit nipis & adunan mengalir.

CARA MEMASAK:
1.  Panaskan acuan kuih cara. Untuk lihat samaada acuan tersebut telah cukup panas, renjiskan air ke permukaan acuan. Jika dengar bunyi mendesis bermakna acuan telah panas & sedia untuk digunakan

2.  Oleskan minyak kelapa pada permukaan acuan menggunakan berus makanan. Laraskan api ke suhu sederhana. Jangan gunakan api besar kerana menyebabkan kulit hangit sedangkan isi belum masak sepenuhnya.

3. Sendukkan ½ sudu besar adunan kulit ke dalam lubang. Kemudian sendukkan 1 sudu besar filling ke tengah adunan kulit & goyangkan sedikit.


4.  Biarkan ia selama 1-2 minit.

5.  Kemudian taburkan topping yang disukai (pada kebiasaannya daun bawang yang dihiris nipis)


6.  Teruskan memasak sehingga kulit bawah kuih menjadi perang gelap lebih kurang 5 minit. Apabila filling santan hampir kering, angkat kuih dengan cara mencucukkan lidi ke permukaan kuih & diangkat ke pinggan.

7.  Tunggu sehingga kuih tidak terlalu panas barulah boleh dimakan supaya lidah tidak melecur.

8.  Kuih cara ini sedap dimakan pada waktu ia masih panas & kurang umphh apabila ia telah sejuk.

9.  Seeloknya untuk permulaan gunakan hanya separuh acuan untuk memasak supaya kuih cara tidak hangit kerana belum cekap mengendalikan kuih. Apabila sedikit cekap barulah gunakan keseluruhan acuan untuk buat kuih.

** Saya gunakan gula melaka dalam resepi ni. Sebab itu warna kuih cara ni agak sedikit gelap berbanding warna sebenar kuih ini.

Comments

  1. Playamo Casino App ▷ Download for Android (.apk) & iPhone
    Get the best casino apps 영주 출장샵 & 구미 출장샵 play with real money, no download required 태백 출장샵 and no 광양 출장마사지 mobile casino app for 시흥 출장안마 iPhone!

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post