Nasi Khaumok



Masakan ini merupakan masakan kegemaran sis sekeluarga. Bila kami sekeluarga berkumpul, biasanya menu ni jadi pilihan. Menu ni berasal dari Thailand. Kalo kat kampung sis, Rantau Panjang rempahnya boleh dibeli di kedai-kedai runcit. Tapi kalau di KL ni, rasanya takde dijual rempahnya. So kena bancuh sendiri rempahnya.

Utk masak nasi kaumok ni, yg perlu diberi perhatian ketika memasak nasi. Sebab jika silap sukatan air, nasi boleh jadi lembik @ mentah. So kena sentiasa check nasi tu sepanjang proses memasak. Kalo nampak ala2 nak mentah nasi tu, cepat-cepat tambah air. Dah tambah air tu, jangan lupa plak tambah garam dan gula supaya rasanya tetap balance. Tapi kalo nasi tu lembik, tak dapek la den nak nolong... 😂 Redha je la makan nasi lembik. Eheh.

Memasak ni trial and error. Tak sume leh jd perfect at one time. So pengalaman itulah yang akan menjadikan kita lebih mahir mengendalikan jenis-jenis masakan tertentu. Sis cakap camni bukan sebab sis bajet expert. Sis pon tak pandai & masih dalam proses belajar. Bile nak masak apa2 masakan (walaupun yang dah hafal resepinya), sis suka belek resepi-resepi orang lain. Kalo rasa reasonable, sis masukkan dlm resepi sis. Modified sket. Kalo sedap, then sis kekalkan resepi tu. Kalo x sedap, so next time try yg len plak. Ngeh ngeh.

Ok, leh try resepi ni yek. Kalo ada idea (penambahbaikan sahaja , (kutuk2 x men) plz let me know).

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
NASI KAUMOK
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

========================================
Bahan A (Tumis)
========================================
Marjerin - 4sb
Bawang putih - 4 ulas
Bawang besar - 1 biji
Halia - 1/2 inci
Kulit Kayu Manis - 1 batang
Bunga Lawang - 3 kuntum
Bunga cengkih - 5 kuntum
Buah pelaga - 4 biji
Akar daun ketumbar - 3 batang (dibersihkan & diketuk)

========================================
Bahan B (Rempah)
========================================

(Dicampurkan & dibancuh dgn sedikit air)

Rempah kari daging - 2 sudu teh
Serbuk kunyit - 1 sudu teh
Serbuk ketumbar - 1 sudu teh
Serbuk jintan putih - 1/2 sudu teh

========================================
Bahan C
========================================
Beras nasi - dibersihkan & direndam sebentar
Serbuk Lada hitam - 1sb
Susu cair - 1/2 tin
Ayam - dipotong
Kicap manis
Garam
Gula
Air

========================================
Bahan D ( Sambal ) - Dikisar halus & diperasakan
========================================
Bawang putih - 1 ulas
Bawang merah - 3 ulas
Cili padi
Daun ketumbar
Tomato
Limau nipis / cuka
Garam
Gula

========================================
Bahan E (Dihidangkan bersama)
========================================
Daun salad
Timun
Tomato

========================================
Cara Memasak
========================================
1.  Masukkan marjerin ke dalam periuk dan panaskan.  Tumis bahan A hingga wangi.
2.  Masukkan bahan B & tumis sehingga rempah masak & pecah minyak.
3.  Masukkan ayam, beras,serbuk lada hitam, garam, gula dan kacau.  Perasakan.
4.  Biarkan ayam sehingga separuh masak.  Apabila separuh masak, keluarkan ayam dan toskan.
5.  Ayam kemudian diperap dgn kicap manis & digoreng dgn api kecil.
4.  Masukkan beras dlm periuk nasi & tambahkan bahan yang ditumis tadi. Tambahkan susu cair & air yang mencukupi untuk memasak nasi. Pada kebiasaannya, nasi agak berkerak di bawah periuk. Jadi untuk mengurangkan kerak nasi, beras perlu dikacau rata.
5.  Apabila nasi telah masak,hidangkan panas-panas bersama daun salad, timun, tomato, hirisan daun ketumbar & taburkan bawang goreng di atasnya.

______________________________
www.dapurwana.blogspot.my
______________________________

Sumber : Azlita Masam Manis

Comments

Popular Post