Nasi Lemak






Bahan A (Nasi)

Beras
Bawang besar goreng
Minyak bawang besar goreng - 1sk
Bawang merah - dihiris
Halia - diketuk
Daun pandan - disimpul
Serai - dititik
Santan pekat
Gula melaka - 1 keping
Garam - 1 sudu kecil
Serbuk perasa - secukup rasa
Air

Bahan B (Sambal Tumis Ikan Bilis)

Ikan bilis - digoreng separuh masak dgn minyak & ditoskan
Bawang putih - 1 ulas
Bawang besar - 1 labu
Daun pandan - disimpul
Jus asam jawa (saya biasa guna Asam Jawa Extra je)
Cili kering - sy biasa guna serbuk cili kering
*Tomato - 1 biji (dikisar halus)
Gula melaka
Garam
Serbuk perasa (jika suka)

Bahan C (Sambal Tumis Sotong)

Sotong kembang - dibersihkan dan dihiris
Bawang putih - 1 ulas
Bawang besar - 1 labu
Daun pandan - disimpul
Belacan - 3 inci (lagi banyak, lagi sedap.  Ikut kesukaan masing-masing)
Jus asam jawa (saya biasa guna Asam Jawa Extra je)
Cili kering - dihiris dan direbus terlebih dahulu, kemudian dikisar
Gula
Garam
Serbuk perasa (jika suka)

Bahan D (Bahan Hiasan)

Telur - direbus dan dikerat dua
Timun - dikupas kulit dan dihiris
Kacang tanah - digoreng dengan minyak dan ditoskan.  Digaulkan dengan sedikit garam

Cara Memasak Nasi

  1. Bersihkan beras terlebih dahulu.  Masukkan keseluruhan Bahan A dan kacau sebati.  Masukkan air sepertimana memasak nasi.
  2. Masukkan semua bahan-bahan lain & kacau sebelum masak. Sila kacau di permukaan bawah periuk untuk elakkan nasi hangit memandangkan terdapat kandungan minyak dalam bawang goreng.

Cara Memasak Sambal Tumis Ikan Bilis
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  2. Masukkan serbuk cili kering beserta daun pandan. Tumis sehingga pecah minyak.
  3. Masukkan garam, gula melaka, serbuk perasa, jus asam jawa & tomato. Masak sedikit lama.
  4. Apabila telah pekat masukkan ikan bilis sedikit air supaya sambal tumis tidak terlalu pekat.
  5. Tutup api apabila telah masak

Cara Memasak Sambal Tumis Sotong
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali.  Tumiskan bawang putih dan bawang besar hingga kekuningan
  2. Masukkan cili kering yang telah dikisar beserta daun pandan, belacan, garam, gula, serbuk perasa.  Tumis sehingga naik minyak
  3. Masukkan sotong kembang
  4. Masukkan jus asam jawa
  5. Apabila telah pekat, masukkan sedikit air supaya sambal tumis tidak terlalu pekat.
  6. Tutup api apabila telah masak

Cara Hidangan
  1. Hidangkan bersama-sama bahan hiasan yang lain

Comments

Popular Post