Gulai Pucuk Paku Ala Padang Indonesia


Bahan A (Kisar halus)

Bawang merah – 4 ulas
Bawang putih – 3 ulas
Cili padi – 10 biji
Kunyit – 1 cm
Lengkuas – 2 cm
Halia – 2 cm

Bahan B

Pucuk paku – 2 ikat (ambil daunnya yang masih muda)
Santan – 1 kotak
Daun limau purut – 3-5 helai
Serai – 1 batang (diketuk)
Asam keping – 2 keping
Serbuk lada putih – 1sk (optional)
Garam - secukupnya
Gula – secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1. Bersihkan pucuk paku & potong pucuk paku. Ambil bahagian pucuk paku yang muda sahaja kerana bahagian yang agak keras tidak sedap dimakan

2. Masukkan santan, Bahan A, daun limau purut, serai & kunyit.  Masak sehingga mendidih. Sentiasa kacau santan agar santan tidak pecah.

3. Masukkan pucuk paku, asam keeping, garam, gula & serbuk lada sulah.

4. Masak dengan api sederhana sehingga pucuk paku lembut.

5. Sedap dimakan panas-panas.

Comments

Popular Post