Ikan Sardin (Tin) Goreng Berkuah


Pertama kali makan menu ini ketika disajikan oleh rakan sekerja saya, Fatin Amani. ketika kami adakan pot-luck di pejabat. Tak sangka rasanya sangat enak. Boleh bertambah makan nasi dek kerana menu ini. Saya tidak pernah masak ikan sardin dengan cara ini & terpanggil untuk mencuba memasak menu ini. Terima kasih ye tuan punya resepi yang cantik manis & lemah-lembut orangnya.

Bahan A (Tumis)
Bawang putih - 3 ulas (dihiris)
Cili kering kisar - 1sb (dibancuh dengan sedikit air)

Bahan B
Ikan sardin - digoreng dengan minyak
Bawang besar - 1 ulas (dihiris)
Kicap manis - 2sb
Sos cili - 1sb
Gula - secukupnya
Garam - secukupnya
Asam keping / jus limau nipis - secukupnya
Cili padi - sesuai selera (dihiris)
Cili besar - 1 biji (dihiris)

CARA PENYEDIAAN
1. Panaskan minyak & goreng ikan sardin sampai sedikit garing. Ketepikan.
( Hati-hati ketika menggoreng ikan sardin kerana ketika penggorengan minyak akan sedikit meletup-letup. Perlu lebih berhati-hati agar tangan tidak terpercik minyak panas )
2. Tumis bawang putih hingga perang. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air, ikan sardin yang telah digoreng tin & Bahan B yang lain
3. Perasakan masam, masin & pedas
4. Sedap dimakan dengan nasi panas

Kredit Resepi : Fatin Amani


Comments

Popular Post