Kerutuk Ayam Darat
Bawang putih – 2 ulas (dikisar halus
Bawang merah – 5 ulas (dikisar halus)
Halia – 1 inci (dikisar halus)
Daun pandan – dibersihkan & disimpul
Bahan B
Lengkuas – 2 cm (diketuk)
Serai – sebatang (diketuk)
Asam keping – 2
Gula Melaka – 1
Garam – secukup rasa
Bahan C
Rempah kerutuk – 2 sb (dibancuh dengan air)
Ayam – dipotong
Kentang – dibuang kulit & dibersihkan, dipotong sederhana besar
Santan – 1 kotak
Cili besar – 1 buah
Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan A hingga harum & bawang bertukar warna keperangan
2. Masukkan rempah kerutuk dan tumis sehingga pecah minyak
3. Masukkan bahan B dan ayam. Perasakan. Masak sehingga daging separuh masak.
4. Masukkan kentang, kentang, dan santan (dalam gambar menu ini saya tidak masukkan santan)
5. Matikan api. Siap dihidangkan.
Comments
Post a Comment