Pulut Kuning


Alhamdulillah 1ˢᵗ trial sy buat kulit kuning menjadi. mari² sapa nak kawin ada pulut kuning ni 🤭

I is happy. So insyaallah esok nazar Ma akan dapat disempurnakan. Fuh legaaaaaa 😄

Bahan A (Pulut Kukus)
Beras pulut
Kunyit - jika tiada boleh gunakan serbuk kunyit sahaja
Pewarna kuning telur - Optional
Saya gunakan beras pulut susu Thai Cap Angsa Emas untuk memasak hidangan ini.

Bahan B (Santan untuk digaulkan dengan pulut kuning)
Santan - saya gunakan 1 santan kotak (Jika gunakan santan kotak tambahkan 1sb minyak dalam santan untuk memberi kesan berkilat pada pulut.
Daun pandan - 1 helai (diikat)
Garam - secukupnya
Gula - 2sb

CARA PENYEDIAAN

LANGKAH PERTAMA : KUKUS PULUT

1. Cuci beras pulut bersih2
2. Rendam dalam air yang dititikkan pewarna kuning & beberapa keping asam keping selama semalaman @ at least 3 jam
(Kalau menggunakan beras pulut susu, masa rendaman boleh dikurangkan)
3. Toskan beras pulut tadi
4. Panaskan kukusan. Masukkan air & rebus hingga mendidih.
5. Alaskan daun pandan di permukaan kukusan.Masukkan beras pulut dalam kukusan. 
6. Bentukkan ruang2 kosong di tengah2 pulut yang dikukus untuk membolehkan wap air meresap ke dalam pulut
7.  Sesekali balik-balikkan pulut agar wap air kukusan meresap rata. Selepas beras nampak sedikit masak, tuangkan sedikit air panas ke dalam beras sambil digaul-gaul supaya beras masak & lembut.
8. Masak lebih kurang 20 minit @ sehingga pulut masak. Jika periuk mengeluarkan asap bermakna pulut telah masak.

LANGKAH KEDUA : MASAK SANTAN

1. Dalam masa yang sama dalam periuk lain masukkan pati santan, garam, gula & daun pandan. Masak hingga mendidih santan. Kacau sebati.

2.  Santan perlu diperasakan agar sedikit manis &  agak masin dari kebiasaannya kerana santan akan digaul dengan pulut yang telah dikukus. Sekiranya tidak masin, rasa pulut akan jadi sedikit tawar.

3. Sentiasa kacau santan agar santan tidak berbuih @ santan berbuih naik ke atas

4. Tutup api

Ada sesetengah cara tidak memasak santan terlebih dahulu tetapi saya lebih suka gunakan cara memasaknya.

LANGKAH KETIGA : GAUL PULUT DENGAN SANTAN

1. Pulut yang telah masak dan masih panas dituangkan dalam bekas yang besar untuk tujuan gaul. Pastikan pulut masih dalam keadaan panas untuk digaulkan dengan santan. Sekiranya tidak panas pulut akan menjadi keras & santan kurang meresap ke dalam pulut

2.  Perlahan-lahan tuangkan santan ke dalam pulut. Perlahan-lahan balikkan pulut & gaul mesra pulut dengan santan. Masukkan santan sedikit demi sedikit & jangan tuang semua sekaligus kerana jika terlebih santan pulut akan menjadi lembik.

3. Gaulkan santan pada pulut sehingga pulut kelihatan berkilat

4. Angkat pulut tersebut & digaul2 supaya keluar wap panas. Sedia dimakan.

Comments

Popular Post