Bubur Lambuk Kelantan
Ikan Selayang - 5 - 7 ekor
Asam keping - 3 keping
Garam - secukupnya
Gula melaka - 1 keping / gula - secukup rasa
Bahan B
Bawang merah - 6 biji (dikisar)
Lada hitam - secukupnya (dikisar)
Santan - 1 kotak
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya
Budu - secukupnya
Bahan C (Daun)
Daun Kesum - diambil daun sahaja
Daun kunyit - dihiris nipis
Sayur pucuk miding/ pucuk paku merah - diambil daun sahaja
Daun kadok - diambil daun sahaja
Cara Penyediaan:
1. Rebus Bahan A hingga masak. Toskan airnya. Ambil isi ikan & blender halus.
2. Rebus nasi sampai empuk. Kalau ada lebihan nasi sebelum ini pun boleh digunakan cuma tambah sahaja air.
3. Masukkan Bahan B kecuali santan. Didihkan.
4. Masukkan santan & bahan C. Daun-daun kadang-kadang susah didapati. Jika daun lain tiada sekurang-kurangnya ada daun kesum. Perasakan. Didihkan. Siap dihidang.
Alhamdulillah terbaikš
ReplyDelete