Ayam Fatt Choy


Bahan A
Ayam
Fatt choy - 30 gm (sejenis rumput laut seperti rambut) direndam 15 minit

Bahan B
Bawang putih - 3 ulas (dibuang kulit sahaja)
Kiub ayam - 1 biji
Sos tiram - 2sb
Garam - secukup rasa

Cara Penyediaan
1.  Goreng ayam dalam minyak yang banyak. Ketepikan
2.  Dalam kuali yang lain, tumis bawang putih hingga kekuningan.
3.  Masukkan sedikit air & kiub ayam.  Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi.
4.  Masak sehingga ayam lembut.
5.  Perasakan dengan garam & letakkan Fatt Choy. Biarkan selama beberapa minit sebelum dihidangkan.

Comments

Popular Post