Tom Kha Gai



Di Malaysia, masakan Tom Yam sangat dikenali umum bahkan menjadi menu kegemaran oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Namun berbeza dengan Tom Kha Gai ( (ต้มข่าไก่ ) yang namanya agak asing di Malaysia walaupun namanya juga ada perkataan 'Tom' di hadapan.

Hidangan ini merupakan antara resepi terkenal di Thailand yang menggunakan ayam, santan & lengkuas sebagai bahan utama. Selain itu, cendawan merupakan antara bahan yang menambah kemewahan rasa kepada masakan ini.

Jika hendak membayangkan bagaimana rasa Tom Kha Gai ini, boleh bayangkan Tom Yam Putih dicampur dengan santan. Itulah rasa yang paling hampir dengan Tom Kha Gai.

Ia mempunyai rasa berlemak hasil dari santan, masam, manis, masin dan pedas. Cendawan yang digunakan di dalam masakan ini adalah bergantung dengan selera masing-masing. Pada kebiasaannya Cendawan 'Straw' yang digunakan tetapi saya menggunakan Cendawan Shitake di dalam masakan ini.

Santan perlu sentiasa dikacau perlahan-lahan agar tidak bergumpal.  Ayam yang digunakan untuk masakan ini tergantung selera samaada yang ada tulang mahupun bahagian isi ayam sahaja.

Selamat meneroka resepi baru & selamat mencuba!

Bahan A
Ayam - dipotong
Serai - 1 (diketuk)
Daun Limau Purut - 3 helai
Lengkuas - 1 inci (diketuk)
Cili - 5 buah
Bawang besar - 1 ulas (dihiris kasar)

Bahan B
Cendawan straw - secukupnya
Daun Ketumbar - dihiris
Jus limau nipis - 3sb
Sos ikan - 2sb
Gula kabung - secukup rasa
(Jika tiada boleh gunakan gula biasa)
Garam

Cara Penyediaan
1. Masukkan air ke dalam periuk diikuti Bahan A. Didihkan sehingga ayam masak
2. Masukkan santan & Bahan B yang lain.
3. Perasakan masam, manis, masin.Tom Kha Gai

Comments

Popular Post