Makaroni Goreng Tom Yam

 


Resepi ini merupakan ilham saya sendiri.


Memandangkan hampir separuh umur kehidupan masakan yang saya santap adalah dari air tangan arwah ibu saya yang berasal dari Thailand, jadi lidah saya telah terbiasa dengan selera Thailand.

Seperti biasa, ramuan Thailand sangat dipengaruhi dengan daun ketumbar, jadi dalam masakan ini daun ini menjadi juaranya. Saya olahkan masakan ini dengan selera saya, sekaligus untuk memberi kelainan rada buat anak-anak saya yang sangat menggemari makaroni.

Untuk yang bercadang hendak masak makaroni tetapi belum ada idea untuk masak apa, boleh cuba resepi ini. Insyaallah sedap!

Selamat mencuba!

Bahan-bahan

Bahan A (Kisar halus)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang besar - ½ biji
Cili kering kisar - 1sb (dibancuh dengan air)
( Boleh juga gunakan pes tomyam sekiranya ada, terus masukkan dalam kuali & panaskan sedikit sahaja & tidak perlu masuk minyak )

Bahan B
Makaroni - direbus hingga masak. Toskan air & siram dengan air.
Ayam / sosej / apa² protein yang disukai
Daun limau purut - 3 helai
Serai - diketuk
Daun ketumbar - 3 tangkai (dihiris)
Carrot / cendawan / apa-apa sayur yang disukai - dihiris
Jus asam jawa - 1sb
Garam
Gula
Sos ikan - 1sk

Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan A hingga pecah minyak.
2. Masukkan sosej @ apa-apa protein yang disukai. Tumis hingga masak.
3. Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar.
4. Jika gunakan sayur yang agak keras, masak sayur terlebih dahulu sebelum masukkan makaroni & bahan-bahan lain.
5. Perasakan masam, masin manis
6. Setelah itu matikan api. Taburkan daun ketumbar ketika dihidangkan.

Comments

Popular Post