Bihun Goreng Singapore

 


Bahan A
Bihun - direndam dalam air agar lembut kemudian ditoskan
Bawang putih - 5 ulas
Daging - dihiris kecil
Kiub ikan bilis - 1 biji
(Jika tiada biasanya sy kisar ikan bilis)
Serbuk lada hitam - 1sb (tambah @ kurangkan ikut kesukaan masing-masing)
Tauge - secukupnya
Carrot - diparut (optional)
Daun bawang - hiris halus
Kicap cair - 1sb (optional)
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya

Bahan B (Hidangan)

Bawang merah goreng - ditabur
Daun sup - dihiris
Cili besar - dihiris

Cara Penyediaan
1.  Tumis bawang putih hingga harum & kekuningan. Masukkan daging. Tumis hingga masak
2.  Masukkan sedikit air (sebolehnya air panas untuk mempercepatkan proses masakan) & perasakan dengan kicap cair, garam, gula, kiub ikan bilis & serbuk lada hitam
3.  Masukkan bihun yang direndam tadi. Balik-balikkan sehingga hampir masak. Masukkan tauge, carrot, daun bawang.
4. Sekiranya bihun masih belum lembut, masukkan air sedikit demi sedikit & balik-balikkan bihun sehingga masak. Jangan masukkan air terlalu banyak sekaligus untuk elakkan bihun menjadi terlalu lembut.
5.  Apabila telah masak, hidangkan. Sedap dihidangkan panas-panas ditabur bawang goreng, cili besar hiris & daun sup

Comments

Popular Post