Nasi Hujan Panas


Nasi Hujan Panas merupakan menu kegemaran anak-anak saya. Selain indah warna-warninya, keenakan rasanya sangat membuka selera.  Nasi Hujan Panas ini biasa disajikan dengan pelbagai jenis masakan antaranya Gulai Kerutuk atau Ayam Masak Merah selain pelengkap rasanya acar & sambal cili.

Selamat mencuba!


Bahan A
Mentega / minyak sapi
Beras basmathi (jika tiada boleh gunakan beras biasa. Dalam masakan ini saya gunakan beras biasa)
Pewarna – kuning & hijau
Daun ketumbar
Susu cair – 1 tin
Buah kismis
Garam
Gula 
 
Bahan B
Bawang putih – 1 ulas
Bawang besar – 1 ulas
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Daun pandan - disimpul

CARA PENYEDIAAN 

1.       Dalam periuk /kuali masukkan mentega / minyak sapi. Cairkan. 

2.       Tumiskan bahan B hingga harum. Masukkan air & susu cair. Perasakan dengan garam & gula.

3.       Masukkan beras yang telah dibersihkan ke dalam air rebusan. Tanak nasi sehingga beras masak.

4.       Gembur nasi & masukkan kismis dan daun ketumbar.

5.       Titikkan pewarna. Titikkan pewarna satu titik ke satu titik dan jangan digaulkan.  Biarkan selama lebih kurang 5 minit sebelum gaulkan nasi untuk ratakan warna. Jika terus digaulkan, warna akan jadi gelap & tidak cantik.


Pewarna dititikkan satu persatu & dibiarkan selama 5 minit sebelum digaulkan


6.       Hidangkan nasi. Boleh taburkan bawang goreng untuk hidangan.


Pelengkap hidangan Nasi Hujan Panas

(Sila klik link untuk resepi menu berkaitan)


Kerutuk Daging

Ayam Masak Merah

Sambal lada

Acar timun mentah

Comments

Popular Post