Makaroni Bakar Rempah Kari
Tekak saya ni, ada musim-musimnya. Kebanyakan musimnya bak kata suami saya, lebih suka masakan Thai. Dia kata dia 'confused' dia kahwin dengan orang Malaysia ke orang Thai sebab menu masakan saya kebanyakannya masakan Thai.
Tetapi ada waktunya, tekak saya teringin masakan Jepun, ada waktunya hendak makan pasta. Apabila selera Jepun datang, saya akan masak Miso Sup & Chawan Mushi.
Sekarang ni, selera nak makan pasta pulak datang. So bertabahlah anak-anak dan suami makan pasta sehingga gian makan pasta ini hilang. Sebelum ini telah masak Makaroni Goreng Tomyam, selepas itu masak Makaroni Bakar and the list goes on. Haha. Bertabahla nakkkk!
Untuk masak makaroni bakar ini, banyak bahannya. Tetapi boleh sesuaikan ikut rasa. Saya suka bereksperimen dengan masakan ikut selera sendiri.
Pernah satu ketika, ada orang ceritakan kepada saya biji buah rambutan itu sedap dimakan. Perlu sangrai dahulu biji rambutan itu sebelum makan.
Terpengaruh dengan 'dakyah' sahabat saya ini, gigih saya mengumpul biji rambutan pada hari tersebut. Then saya bersihkan, saya sangrai then kisar kasar.
Kebetulan pada waktu itu saya masak makaroni bakar. So saya masukkan biji rambutan sangrai ini ke dalam masakan makaroni bakar saya.
Pastu saya bagi sahabat-sahabat saya try. Haha, mereka tak tahu pun rasa crunchy macam kekacang dalam makaroni bakar saya tu sebenarnya dari biji rambutan.
Apabila saya terangkan mereka hampir tidak percaya. Hehe. Asalkan sedap, tidak beracun why not kan? I think it's worth trying.
Cara saya memasak, bukan skema dan sentiasa tengok buku @ resepi. Saya suka bereksperimen dan adjust resepi tersebut berdasarkan selera sendiri.
Hehe, panjang melalut ni. Pointnya sebenarnya, boleh je masukkan apa yang kita suka dalam makaroni bakar ini. saya biasanya gunakan left-over yang ada dalam peti ais untuk masakan makaroni agar tidak membazir.
Even dalam masakan kali ini saya gunakan cendawan hitam kering sebagai ganti mushroom biasa. hehe. sedap juga tu. bolehlah try nanti.
Hokeh, selamat memasak.
Cooking with soul!
Bahan A
Bawang besar - 1 biji (dipotong dadu)
Cili kisar - 1sb (dibancuh dengan air)
Serbuk kari - 1sb (dibancuh dengan air)
Daging kisar - secukupnya
Bahan B
Makaroni - direbus hingga masak & ditoskan airnya. Kemudian disiram dengan air supaya makaroni tidak kembang
Daun bawang - dihiris
Cendawan - dihiris
Lada benggala - dihiris
Tomato - dihiris
Carrot - dihiris
( Boleh gunakan apa-apa sahaja sayur yang disukai )
Garam
Gula
Telur - 4 biji (dipukul hingga kembang)
Bahan C
Keju Cheddar / Mozarella
Bawang goreng
Daun sup - hiris
Cili besar - hiris
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang besar hingga keperangan. Masukkan serbuk kari & cili kisar. Tumis hingga pecah minyak
2. Masukkan daging hancur & goreng sehingga garing (daging goreng yang garing akan memberi lebih rasa kepada makaroni).
3. Masukkan sayuran yang agak keras contohnya carrot, masak sebentar.
4. Masukkan makaroni & bahan yang lain. Perasakan dengan garam & gula. Perasakan biar rasa agak menonjol kerana selepas ini makaroni akan digaulkan dengan telur, rasa akan menjadi sedikit tawar.
5. Gaulkan telur yang telah dipukul kembang ke dalam kuali. Biarkan sebentar.
6. Panaskan bekas yang akan digunakan untuk membakar dalam microwave oven. Kemudian alaskan bekas tersebut dengan kertas baking (untuk elak makaroni melekat di bekas).
7. Jika kertas tersebut tiada pun tidak mengapa. Boleh terus tuangkan makaroni ke bekas pembakar. Mampatkan makaroni tersebut dalam bekas pembakar.
8. Jika suka boleh taburkan Keju Mozarella @ Keju Cheddar ke atas makaroni. Jika tidak suka, boleh terus bakar begitu sahaja. Saya sukakan topping keju di atas agak 'crunchy' , sedikit keras & nampak seperti hangit. Jika suka cheese masih lembut, masukkan cheese 30 minit yang terakhir sahaja.
9. Bakar makaroni lebih kurang 40 - 45 minit.
10. Selepas masak, keluarkan makaroni. Biarkan dingin. Jika makaroni kurang melekat antara satu sama lain, letakkan makaroni di dalam peti ais sebentar supaya adunan melekat.
11. Cara hidangan, taburkan bawang goreng, daun bawang, cili besar hiris & sos cili di atasnya.
12. Memang sedap!

Comments
Post a Comment