Imbakbaka Libyan Chicken Pasta


Sesekali beralih rasa masakan, kita try makanan yang berasal dari North Africa, dari Libya. Saya terinspirasi memasak menu ini kerana pernah melihat rakan saya Hassan Elrays pos makanan ini di Instagram beliau.  Seterusnya saya bertanya kepadanya tentang menu masakan ini.  So ada ruang kali ini, saya memasaknya untuk sarapan pagi bersama anak-anak.

Resepi ini sangat mudah, cuma bahan-bahannya agak banyak.  Untuk resepi ini, sepatutnya ada paprika tetapi saya gantikan dengan chilli flakes.  Bagi saya, masakan tidaklah perlu terlalu ‘skema’ mengikut menu asal.  Jika bahan tersebut memang tiada dijual di negara kita atau kebetulan tiada di dapur, kita boleh gantikan dengan bahan yang mempunyai rasa yang hampir sama.

Rasa pasta ini sangat enak & kaya dengan rempah ratus.  Tidak salah kan mencuba menu baru.

Selamat mencuba.

Bahan A
Bawang besar – 1 biji (dicincang)
Peha ayam – 4 ketul
Pasta – apa sahaja yang disukai (saya gunakan macaroni)
Pes tomato – 1 tin

Bahan B
Bawang putih – 3 ulas dicincang
Paprika – 1sk
Serbuk kunyit – 1sk
Serbuk ketumbar – 1sk
Serbuk jintan – 1sk
Serbuk kulit kayu manis – 1sk
Bunga cengkih
Buah pelaga
Buah pala - diparut

Bahan C

Air – 2 cawan
Daun bawang - dihiris
Cili besar hijau – 3 buah (dipotong)
Garam – secukup rasa
Gula – secukupnya

CARA PENYEDIAAN

1.      Tumis bawang besar sehingga wangi.  Kemudian masukkan ayam tadi & masak sehingga agak kekuningan

2.      Kemudian masukkan bahan B.  Tumis sehingga harum. Masukkan 2 cawan air (atau lebih) & masukkan pasta. Perasakan dengan garam & gula. Rebus hingga pasta masak. 

3.      Setelah pasta hampir masak, masukkan daun bawang & cili besar.

4.      Sedap dihidangkan ketika masih panas.

Comments

Popular Post