Udang Masak Lemak Kacang Buncis



Bahan A (kisar halus)

Bawang putih - 1 ulas
Bawang merah - 5 ulas
Kunyit hidup - 1 inci (dikikis kulit)

Bahan B

Serai - 1 batang (diketuk)
Belacan - secubit (jika suka)
Santan - 1 kotak
Serbuk kunyit - 1sk
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya

Bahan C

Kacang buncis - dihiris
Lada besar - 1 batang (dihiris)
Udang - dipotong misai

Cara Memasak
  1. Masukkan bahan A. Kacau sebentar.
  2. Masukkan Bahan B. Gulai dikacau perlahan agar santan tidak berketul & pecah minyak.
  3. Perasakan garam dan gula.
  4. Masukkan kacang buncis & cili.
  5. Apabila kacang buncis setengah masak, masukkan udang. Jangan masak terlalu lama udang kerana udang akan jadi keras & hilang rasa manisnya.
  6. Sedia dihidangkan.

Comments

Popular Post