Ikan Sardin Tin Asam Pedas
Ikan Sardin Tin, menu yang 'simple' tetapi seringkali tidak mengecewakan. Sedap dimakan panas-panas, mahu bertambah-tambah nasi apabila makan dengan disajikan menu ini.
Ikan Sardin Tin Asam Pedas adalah menu yang diinspirasikan dari rakan setugas saya Fazliyana & suami (Abe Nik) yang ada membawa menu ini ke pejabat untuk makan bersama rakan setugas ketika musim banjir.
Walaupun musim banjir, sebagai 'front-liner' kami tetap bertugas. Memandangkan pada waktu banjir, tiada gerai makanan yang buka jadi kami sebagai petugas di persempadanan negara terpaksa mencari alternatif agar dapat 'mengalas perut' sepanjang musim tengkujuh melanda.
Di pejabat, yang ada kesempatan masak bergilir-gilir membawa menu masakan masing-masing ke pejabat. Waktu 'lunch' kami makan bersama-sama sambil mengeratkan silaturrahim.
Oleh kerana rakan setugas masing-masing berbeza latar belakang bahkan ada yang datang dari negeri yang berbeza, menu masakan juga pelbagai. Seronok dapat merasa kepelbagaian menu masakan yang adakalanya tidak pernah didengar & dirasa.
Begitu indahnya apabila hidup bersilaturrahim. Masing-masing dapat memberi 'positive vibes' dengan cara tersendiri baik dari segi masakan, bahkan dalam perkara-perkara lain.
Setiap manusia itu اَللّهُ ciptakan unik & berbeza-beza. Tetapi kerana perbezaan itulah ada warna-warni kehidupan, jika semua orang memiliki persamaan, dunia ini akan terasa tawar & hambar.
Jika kita fokus mencari 'perbezaan', kita akan temui 1001 perbezaan bahkan tidak cukup untuk disenaraikan.
Carilah titik pertemuan, agar silaturrahim dapat dipererat. Hargailah kelebihan & keistimewaan orang lain & akuilah yang kita diciptakan tidak sempurna.
Berdamailah dengan takdir apabila ada insan lain yang kehidupannya lebih 'bernasib baik' dari kita, kerana kita tidak tahu apa keistimewaan yang اَللّهُ kurniakan kepada kita tetapi tidak dianugerahkan kepada orang lain.
Hidup ini tentang meraikan perbezaan, barulah jiwa tidak sengsara kerana sarat dengan prasangka & hasad dengki kepada lain.
Menu hari ini diinspirasi dari 'perbezaan', sama-sama kita raikan bagi yang berhasrat memasak.
Selamat mencuba!
Bawang putih - 2 ulas
Bawang merah - 5 ulas
Serai - 1 batang (diketuk)
Bahan B
Cili kering kisar - 1sb
Daun kesum - secekak
Bunga kantan - sebatang
Tomato - dibelah
Bendi - secukupnya
Cili - secukup rasa
Gula - secukupnya
Garam - secukupnya
Air asam jawa - secukupnya
CARA PENYEDIAAN
1. Tumis Bahan A sehingga naik bau. Masukkan cili kering kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Masukkan sedikit air, kuah ikan sardin dalam tin, bendi, cili, garam & gula. Perasakan masam, masin, manis.
3. Masukkan ikan sardin tin & didihkan
4. Apabila telah masak, sedia dihidangkan.
Comments
Post a Comment