Sup Kimlo Masakan Indonesia

Saya teringat sewaktu tinggal di Indonesia, Bu Nurhaini kerapkali menghidangkan menu enak ini kepada saya. Air tangan Bu Nur seringkali tidak mengecewakan, malah saya seringkali meminta Bu Nur masakkan menu ini untuk saya.

Menu ini sebenarnya jika hendak disamakan, lebih kurang bihun sup Malaysia. Namun rasanya sedikit berbeza kerana beberapa bahan unik yang digunakan iaitu bunga sedap malam.

Jika mencicipi menu ini, pasti akan bertambah-tambah makannya kerana rasanya yang sangat sedap.

Jom lihat & cuba resepinya!

Bahan-bahan

Bawang putih - 3 ulas (dihiris)
Halia - 2 inci (diketuk)

Ayam - 1/4 ekor (dipotong)
Fishball - 5 biji

Daun sup - 2 batang (dihiris)
Carrot - 2 batang (dihiris)
Cendawan telinga kera - dibersihkan & dihiris
Bunga sedap malam - 30 gm diikat
( Belum pernah jumpa bunganya yang kering dijual di Malaysia )


Air stok ayam - 1500ml
( Jika tiada gunakan kiub ayam & 1500 ml air)

Sos ikan - 1sb
Kicap masin - 2sk
Serbuk lada putih - ¼ sb
Garam - secukupnya
Gula - secukupnya
Minyak - untuk menumis
Suhun - 75 gram (direndam & ditoskan)
Jika tidak suka suhun gantikan dengan bihun.

Cara membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan halia sampai harum.
  2. Tuang ke dalam rebusan kaldu ayam dan daun sup. Aduk rata.
  3. Masukkan ayam,  fishball, carrot
  4. Masak sampai mendidih. Masukkan cendawan telinga kera dan sedap malam. Kacau sebati.
  5. Tambahkan sos ikan, kicap masin, garam, serbuk lada putih, dan gula.
  6. Kacau rata. Didihkan sampai lauk masak . Sebelum diangkat, masukkan suhun.
  7. Kacau rata. Masak sampai mendidih.

Comments

Popular Post