Daging Merah Bakar Thai Sensational
Bahan A(Kisar)
Halia - 2 inci
Bawang putih - 8 ulas
Daun ketumbar - 1 pohon
Cili - secukupnya ikut kepedasan masing-masing
Halia - 2 inci
Bawang putih - 8 ulas
Daun ketumbar - 1 pohon
Cili - secukupnya ikut kepedasan masing-masing
Bahan B (Gaulkan)
Sos Seasoning - 2sb (Sy gunakan Kicap Gunung Thai. Boleh gantikan dengan Maggi Seasoning Sauce )
Sos ikan - 2sb
Sos tiram - 3sb
Sos ikan - 2sb
Sos tiram - 3sb
Gula Kabung - 2sb (sy gunakan 4 sb. Daging ni rasanya lebih sedap apabila manis. Jika tiada gula kabung boleh gunakan gula melaka. Jika tiada boleh gunakan gula).
Jus limau nipis - 2sb
Pewarna merah - secukupnya
Garam - secukupnya
Bijan (disangai) - 1sb
Daging (dihiris) - 1kg
CARA PENYEDIAAN
1. Toskan daging yang telah dibersihkan. Campurkan daging tadi dengan Bahan A & Bahan B kecuali bijan.
2. Perasakan daging sedikit masam, sedikit manis & masin. Daging ini akan lebih sedap jika ia sedikit manis & pedas.
3. Taburkan bijan & gaulkan. Perapkan minimum ½ jam.
4. Bakar di atas non-stick pan sehingga masak. Sewaktu membakar daging, air dari daging akan keluar. Jika suka daging tidak terlalu berkuah, boleh asingkan air dari daging dengan tuangkan lebihan air dari pan ke bekas.
5. Seeloknya jangan terlalu masak, kerana akan hilang jus di dalam daging. Bakar agak-agak daging telah masak & sedikit lembut
6. Sedap dimakan panas-panas.
6. Sedap dimakan panas-panas.
Comments
Post a Comment