Laksa Penang

Bahan A 
Ikan kembung - 1kg
Asam keping - 3 keping
Garam - 1sk
Air - cukup sekadar tenggelamkan ikan

Bahan B (Kisar)
Bawang besar - 4 biji
Bawang putih - 4 biji
Belacan - secukupnya (dibakar terlebih dahulu)
Ikan sardin (tin kecil) - diambil ikannya sahaja
Cili kering - 4sb (saya gunakan serbuk cili kering)
Cili padi - 4 biji (dibuang tangkai)

Bahan C (Perasa)
Asam keping - 5 - 10 keping
Asam jawa - Saya gunakan Asam Jawa Extra 2sb
Serai - 2 batang (diketuk)
Daun kesum - 1 genggam
Bunga Kantan - dihiris
Kicap manis - 2sb
Gula melaka - 1 keping
Garam - secukupnya

Bahan D (Dihidangkan bersama) :
Laksa beras - Rendam laksa terlebih dahulu laksa sehingga lembut. Kemudian rebus hingga masak & ditoskan airnya. Ketika merebus laksa beras, leraikan laksa dalam periuk agar tidak melekat antara satu sama lain. Siram laksa dengan air agar laksa tidak terus mengembang kerana suhu panas selepas direbus. Toskan kembali.

Daun salad - dihiris nipis
Timun batang - dimayang
Daun selom - dihiris nipis
Bawang besar - dihiris nipis
Limau nipis - dihiris
Telur rebus - dibelah dua
Cili besar - dihiris
Nenas - dihiris kecil-kecil

CARA PENYEDIAAN :

IKAN REBUS
Bahan A direbus hingga masak. Ambil isi ikan & kisar.  Air & tulang ikan diambil untuk masukkan dalam kuah laksa. Tulang ikan dikisar & diambil airnya. Tambah lagi air &  kisar & ulang lagi langkah berikut sehingga air tulang ikan masih belum jernih)

KUAH LAKSA (AIR REBUSAN)
Masukkan air ½ liter. Kemudian masukkan Bahan A & B. Didihkan.

Kemudian tambahkan air sebanyak 1 - 1 ½ liter. Masukkan Bahan C. Perasakan kuah agar masam & masin. Didihkan sehingga rasa sebati. 

Sekali-sekala kacau kuah. Lagi lama rebus lagi sedap kuah. Apabila isi ikan kelihatan tenggelam ke dasar & bahagian atas kuah menjadi jernih, bermakna kuah telah masak elok.

Boleh dihidangkan terus. Nak lagi sedap kuah laksa disimpan dalam peti, dipanaskan & dimakan pada keesokan harinya. Rasanya lebih kaw!

Comments

Popular Post