Kek Marble Warna Warni
Bahan-bahan
Mentega (Salted) yang telah lembut - 250g(Jika gunakan unsalted butter, boleh tambahkan sedikit garam dalam adunan. Jika tiada mentega boleh juga gunakan marjerin).
Gula kastor - 190g
Telur saiz A@B - 4 biji
Esen vanila - 1sk
Tepung naik sendiri - 250g
Susu segar / full cream - 60ml
Pewarna (mengikut warna yang disukai)
Gula kastor - 190g
Telur saiz A@B - 4 biji
Esen vanila - 1sk
Tepung naik sendiri - 250g
Susu segar / full cream - 60ml
Pewarna (mengikut warna yang disukai)
Cara Penyediaan :
- Kacau mentega guna attachment whisk. Masukkan gula kastor. Pukul sampai kembang & warna bertukar menjadi warna kuning pucat. Ketika tengah kacau adunan, berhenti sebentar untuk kaup adunan (hanya jika gunakan stand mixer)
- Masukkan telur sebiji demi sebiji. Teruskan kacau adunan. Masukkan esen vanila. Kemudian masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar @ full cream.
- Siap diadun. Hasil adunan pekat & tidak terlalu cair.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bekas untuk warnakan mengikut kesukaan masing-masing. Terpulang berapa warna yang hendak diletakkan & agak-agak kuantiti lebih kurang sama.
- Titikkan adunan dengan warna. Kemudian kacau agar sebati. Teruskan mewarna bekas yang lain.
- Sediakan loyang. Saya gunakan loyang 8x8. Sapu marjerin menggunakan berus kek ke dasar loyang. Kemudian Alaskan dengan kertas baking. Saya tekapkan loyang di kertas baking & lorek menggunakan pen bentuk loyang. Kemudian saya potong bulat mengikut saiz loyang.
- Sudukan adunan warna berselang-seli. Terpulang kepada kreativiti masing-masing. Apabila telah siap hentakkan loyang beberapa kali supaya kek tidak berongga & permukaan jadi sekata.
- Selepas itu boleh gunakan lidi untuk bentukkan corak marble dengan cara melorek lidi dari permukaan hingga ke dasar kek, dengan lorekan kreativiti masing.
- Sebelum mula baking, panaskan oven lebih kurang 10 minit, suhu 150 atas dan bawah.
- Bakar suhu 150°c, suhu oven atas & bawah dalam anggaran 45minit.Waktu memasak adalah bergantung dengan oven masing-masing.
- 20 minit sebelum anggaran kek masak, keluarkan kek & tutup kek dengan aluminium foil @ penutup periuk (leper) & masukkan kembali ke dalam oven & teruskan membakar. Tips ini digunakan untuk mengelakkan kek cepat perang di bahagian atasnya.
- Untuk mengetahui kek tersebut telah masak atau tidak, saya gunakan lidi & dicucuk ke dalam kek. Sekiranya ada adunan yang terlekat & masih basah bermakna kek belum masak.
- Sekiranya kek telah masak, tiada adunan yang terlekat pada lidi. Jika ada pun, ia kelihatan seperti serbuk kerana telah masak.
- Sejukkan sebentar kek. Setelah itu barulah keluarkan kek dari loyang. Cara mengeluarkan kek dari loyang, tekap cooling rack di atas kek tadi. Boleh alaskan kain bersih di bawah cooling rack.
- Cooling rack tadi akan memberikan bentuk bergaris-garis & menambah seri kek tadi. Dengan berhati-hati, terbalikkan kek.
- Tanggalkan kertas baking / parchment paper di dasar kek. Kemudian letakkan kembali di atas loyang. Boleh potong kek ikut kesukaan masing-masing.
Comments
Post a Comment