Bihun Goreng Tom Yam


Bahan A (Kisar halus)
Bawang putih - 2 ulas
Bawang besar - ½ biji
Cili kering kisar - 1sb (dibancuh dengan air)
( Boleh juga gunakan pes tomyam sekiranya ada, terus masukkan dalam kuali & panaskan sedikit sahaja & tidak perlu masuk minyak )

Bahan B
Bihun - direndam dalam air. Toskan.
Ayam / udang - apa² protein yang disukai
Daun limau purut - 3 helai
Serai - diketuk
Daun ketumbar - 3 tangkai (dihiris)
Carrot -  apa-apa sayur yang disukai - dihiris
Jus asam jawa - 1sb
Garam
Gula
Sos ikan - 1sk

Cara Penyediaan
1. Tumiskan bahan A hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam & udang yan. Tumis hingga masak.
3. Masukkan carrot. Goreng sehingga masak. Masukkan bahan B kecuali daun ketumbar.
4. Jika gunakan sayur yang agak keras, masak sayur terlebih dahulu sebelum masukkan makaroni & bahan-bahan lain.
5. Perasakan masam, masin manis
6. Setelah itu matikan api. Taburkan daun ketumbar ketika dihidangkan

Comments

Popular Post