Tauhu Telur

Bahan-bahan

Tauhu jepun - 1 paket (dipotong bulat dengan perlahan)
Telur - 1 biji (dipukul dengan sedikit garam)
Tepung jagung - 1 sudu makan (Dibancuh dengan secawan air)
Bawang putih - 5 ulas (dihiris)
Pati ayam / serbuk pati ayam - 1/2 kiub / 1 sk
Gula - 1 sudu teh
Garam - secukup rasa
Daun bawang - dihiris
Minyak

Cara Memasak
  1. Celupkan tauhu telur yang telah dipotong ke dalam telur yang telah dipukul dengan sedikit garam
  2. Panaskan minyak dan goreng tauhu tersebut perlahan-lahan supaya tauhu tersebut tidak hancur.  Apabila warna telah menjadi kekuningan dan kelihatan sedikit garing, angkat dan toskan.
  3. Untuk kuah, keluarkan minyak tadi sehingga tinggal untuk menumis sahaja.  Tumuis bawang putih sehingga wangi.
  4. Masukkan bancuhan tepung jagung dan kiub pati ayam / serbuk pati ayam.  Perasakan dengan garam gula.  Kacau hingga mendidih dan kuah menjadi pekat.
  5. Masukkan tauhu yang telah digoreng tadi ke dalam kuah. Sedia untuk dihidangkan bersama daun bawang

Comments

Popular Post