Masak Lemak Telur Itik Masin


=============================
MASAK LEMAK TELUR ITIK MASIN
=============================

BAHAN-BAHAN 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Telur itik masin - dibuang kulit
(Blh juga guna telur itik biasa jika suka, cuma perlu masukkan telur itik satu persatu agar ia tetap bulat)
Cili padi - 10 - 15 biji ikut tahap kepedasan yang disukai
Kunyit hidup -  1 inci
Asam keping - 1 keping
Daun kunyit - dihiris nipis
Santan
Kiub ikan bilis / ikan bilis kisar - optional
Cukup rasa
Kubis - dihiris (optional)
Secawan air 

CARA PENYEDIAAN 
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
1. Kisar halus cili & kunyit hidup kemudian masukkan sedikit air & santan. Masukkan semua bahan lain kecuali kubis & biarkan mendidih. 

2. Apabila mendidih, masukkan telur itik masin tadi. Jika suka, belah dua telur itik masin. Perasakan. Jangan bubuh garam kerana telur telah masin. 

3. Masukkan kubis. Sedia dihidangkan panas². (Dalam masakan ini stok daun kunyit takde. Kalo ada daun kunyit bertambah sedap gulai). 

Dari : Dapur Wana
===================================== 
"Jika tidak dapat menjadi asbab kebaikan untuk orang lain, usahakanlah memelihara dirimu agar tidak menjadi asbab keburukan kepada orang lain".

Sabda Rasulullah ļ·ŗ :

Ų®َŁŠْŲ±ُ Ų§Ł„Ł†َّŲ§Ų³ِ Ų£َŁ†ْŁَŲ¹ُŁ‡ُŁ…ْ Ł„ِŁ„Ł†َّŲ§Ų³ِ

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban)

Rasulullah saw pernah ditanya tentang siapakah sebaik-sebaik Muslim, maka jawab baginda Nabi ļ·ŗ:

Ł…َŁ†ْ Ų³َŁ„ِŁ…َ Ų§Ł„ْŁ…ُŲ³ْŁ„ِŁ…ُŁˆŁ†َ Ł…ِŁ†ْ Ł„ِŲ³َŲ§Ł†ِŁ‡ِ ŁˆَŁŠَŲÆِŁ‡ِ

“(Mereka) yang memberikan rasa tenteram kepada saudara Muslimnya daripada gangguan lisan dan tangannya.” (Riwayat Bukhari)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata:

 ŁˆَŁ†َŁْŲ³ُŁƒَ Ų„ِŁ†ْ Ų£َŲ“ْŲŗَŁ„َŲŖْŁ‡َŲ§ ŲØِŲ§Ł„Ų­َŁ‚ِّ ŁˆَŲ„ِŁ„Ų§َّ Ų§Ų“ْŲŖَŲŗَŁ„َŲŖْŁƒَ ŲØِŲ§Ł„ŲØَŲ§Ų·ِŁ„ِ

Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal kebaikan, pasti akan disibukkan dengan perkara² batil (keburukan) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
** Mohon maaf sy jarang ada ruang untuk membalas komen² di FB. Sy lebih cenderung pos sesuatu & kemudian logout FB / Insta / Whatsapp. Jgn berkecil hati jika komen² tidak berbalas. Bukan sombong ttp ada perkara lebih utama yg perlu sy fokuskan. Tq.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Comments

Popular Post