Pulut Pagi

===========
PULUT PAGI
===========

BAHAN A (PULUT)
~~~~~~~~~~~~~~
Beras pulut - 1 cawan
Kapur makan - 1sk
Kelapa parut putih - sedikit (dikukus utk lebih tahan lama & digaulkan dengan secubit garam)
Daun pandan - dipotong 

BAHAN B (GULA MELAKA)
~~~~~~~~~~~~~~~
Gula Melaka - 2 keping
Gula - 1sb
Daun pandan - dibersihkan & disimpul
Garam - secubit
Air - ½ cawan 

CARA PENYEDIAAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 




LANGKAH 1 : KUKUS PULUT 

1. Beras pulut dicuci & direndam selama 2 jam dengan air kapur.
2. Toskan air tadi. Sediakan kukusan untuk kukus pulut.
3. Di atas kukusan tadi (tempat berlubang²) alaskan daun pandan yang dipotong² 
4. Letakkan beras pulut di dalam kukusan.
( Sekiranya kukusan lubang agak besar, boleh alaskan dengan kain @ jaring besi yg digunakan utk masakan @ letak dalam loyang @ mangkuk seramik tahan panas)
5. Sesekali aduk beras pulut tadi agar masaknya rata. Jika beras pulut tidak dibalik-balikan, di lapisan bawah pulut mudah berkerak.
6. Kukus sehingga beras pulut masak. Keluarkan beras pulut tadi & letak dalam mangkuk. 

LANGKAH  2 : REBUS AIR GULA MELAKA 

Rebus Bahan A sehingga mendidih. Sambil pulut dikukus, boleh sediakan air rebusan gula melaka. 

LANGKAH 3 : KUKUS PULUT DENGAN AIR REBUSAN GULA MELAKA 

1. Tuangkan air rebusan gula melaka tadi & digaulkan sebati dengan beras pulut yang telah masak.
2. Kemudian masukkan kembali beras pulut tadi ke dalam kukusan
3. Kukus sekali lagi beras pulut sehingga air rebusan gula melaka telah sebati dengan beras pulut.
4. Beras pulut akan kelihatan coklat muda berkilat setelah gula melaka tadi sebati dengan beras. Angkat. 

CARA HIDANGAN
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
1. Beras pulut dihidangkan di atas piring. Dalam bekas berasingan gaulkan kelapa parut dengan secubit garam. 
2. Tabur kelapa parut di atas pulut tadi. Enak dimakan panas². 

Dari : Dapur Wana
===================================== 
"Jika tidak dapat menjadi asbab kebaikan untuk orang lain, usahakanlah memelihara dirimu agar tidak menjadi asbab keburukan kepada orang lain".

Sabda Rasulullah ﷺ :

خَيْرُ النَّاسِ أَنْفَعُهُمْ لِلنَّاسِ

"Sebaik-baik manusia adalah orang paling bermanfaat bagi orang lain" (HR Ibn Hibban)

Rasulullah saw pernah ditanya tentang siapakah sebaik-sebaik Muslim, maka jawab baginda Nabi ﷺ:

مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

“(Mereka) yang memberikan rasa tenteram kepada saudara Muslimnya daripada gangguan lisan dan tangannya.” (Riwayat Bukhari)

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah berkata:

وَنَفْسُكَ إِنْ أَشْغَلَتْهَا بِالحَقِّ وَإِلاَّ اشْتَغَلَتْكَ بِالبَاطِلِ

Jika dirimu tidak disibukkan dengan hal kebaikan, pasti akan disibukkan dengan perkara² batil (keburukan) 

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 
** Mohon maaf sy jarang ada ruang untuk membalas komen² di sini. Sy lebih cenderung pos sesuatu di FB/ Insta/ Whatsapp & kemudian logout. Jgn berkecil hati jika komen² tidak berbalas. Bukan sombong ttp ada perkara lebih utama yg perlu sy fokuskan. Tq.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~ 

Comments

Popular Post