Sate Padang (Indonesia)

Bahan A (Kisar Halus)
Bawang putih - 3 ulas
Bawang merah - 5 ulas
Halia - 2 inci
Kunyit hidup - 1 inci
Cili kering - 1 sb
Buah keras - diparut

Bahan B
Serbuk kari - 1sk (dibancuh dengan sedikit air)
Serbuk ketumbar - 1sk
Serbuk jintan - 1sk
Serbuk lada sulah - 1sk
Serbuk kayu manis 

Bahan C
Lengkuas - diketuk
Serai - diketuk
Daun limau purut 
Daun salam
Cengkih - 5 biji
Bunga lawang - 1 biji

Bahan D
Air rebusan daging
Nasi impit - direbus & dipotong
Lidi sate - direndam dalam air lebih kurang 1 jam spy ketika proses bakar sate lidi tidak mudah terbakar.
Bawang goreng
Daun pisang - sebagai alas sate
Garam
Tepung beras
Minyak masak

CARA PENYEDIAAN

1.  Rebus daging yang belum dipotong dalam periuk hingga ½ masak. Ini untuk memudahkan daging sate dipotong. Setelah itu potong daging menjadi dadu. Air rebusan jangan dibuang & akan digunakan dalam langkah seterusnya.

2.  Panaskan kuali & tumis Bahan A sehingga wangi. Masukkan Bahan B. Tumis hingga wangi.

3.  Masukkan daging, paru & perut lembu tadi dalam bahan tumisan tadi. Masukkan Bahan C. Perasakan dengan garam. 

4.  Tambahkan air rebusan daging dalam bahan tumis. Kacau. Masak lebih kurang 45 minit hingga satu jam sehingga daging agak lembut (sesuaikan dengan daging yang dimasak).

5.  Setelah daging lembut, matikan api gas. Biarkan kuah tersebut sejuk sekurang-kurangnya 4 jam. Toskan daging tadi & asingkan.

6.  Daging sate tadi dicucuk ke lidi sate sedia untuk dibakar

7.  Air rebusan daging tadi ditapis & sisanya dibuang.

8.  Bancuh air rebusan yang telah sejuk dengan tepung beras.

9.  Kemudian hidupkan kembali dapur gas & kacau air rebusan. Tambah sedikit demi sedikit tepung beras sehingga memperoleh kepekatan yang dikehendaki (lebih kurang kepekatan Nestum baby).

10.  Jangan berhenti kacau kerana kuah akan menjadi terlalu pekat. Kuah sate telah siap.

11.  Bakar daging sate di atas arang lebih kurang 5 minit sahaja sambil disapukan minyak.
( Saya hanya gunakan pemanggang ajaib untuk memanggang sate jadi hasil daging sate agak berbeza dari yang dibakar di atas arang ).

12.  Potong bulat daun pisang & alaskan dalam pinggan. Susun sate di atas daun pisang bersama nasi impit. Curahkan kuah sate & bawang goreng ke atasnya.

Sedap dimakan panas-panas.

Selamat mencuba!

Dari : Dapur Wana

Sumber : Dapur Sicongok You Tube Channel

Comments

Popular Post