Ayam Bakar Sedap & Lembut di dalam

Bahan A (Kisar halus)

Bawang putih - 3 ulas

Bawang besar - 1 ulas

Halia - 3 inci

Lengkuas - 2 inci

Serai - 1 batang (dihiris nipis sebelum dikisar)

Jintan manis - 1sk

Jintan putih - 1sk

Biji ketumbar - 1sb

Bahan B

Ayam - dipotong (ikut kesukaan masing²)

Madu - 1sb

(Jika tiada boleh masukkan gula 1sb)

Sos cili - 2sb

Kicap manis - 1sb

Jus limau nipis - 1sb

Garam - secukupnya

Pewarna merah - 1 titik (optional)

Cara Penyediaan

1.  Letakkan ayam dalam bekas @ mangkuk besar. Masukkan Bahan A & Bahan B. Gaulkan. Perapkan dalam peti ais semalaman @ paling minimum ½ jam.

2.  Masukkan ayam ke dalam pengukus & kukuskan ayam lebih kurang 10 minit. Cara ini digunakan supaya perapan tadi sebati & ayam masak sekata ketika dibakar selain mempercepatkan proses bakar ayam.

3.  Setelah kukus, masukkan kembali ayam ke dalam bahan perapan tadi.

4. Bakar ayam.

Jika menggunakan kuali non-stick:

Oleskan sedikit marjerin & panaskan kuali. Bakar ayam. Sapu perapan tadi menggunakan berus makanan. Balik²kan ayam. Setelah ayam kelihatan keperangan, boleh angkat ayam.

Jika menggunakan arang:

Bakar sebentar di atas ayam kerana jika di atas api ayam cepat masak.Sapu perapan tadi menggunakan berus makanan. Balik²kan ayam. Setelah ayam kelihatan keperangan, boleh angkat ayam.

5. Siap dihidangkan. Isi ayam bakar ini 'juicy' & sangat enak apatah lagi jika dimakan panas-panas


 

Comments

Popular Post