Kek Oren Lembap & Sedap Insyaallah Jadi

Bahan-bahan

Mentega – 150 gram

Gula kaster – 115 gram

Telur Gred A (penuh) – 3 biji

Tepung naik sendiri – 160gm (saya gunakan MFM Flour)
( boleh juga gunakan 160gm tepung gandum & 1sk baking powder & diayak bersama )

Paddle attachment

Jus oren – 2sb

Parutan kulit oren – sedikit (optional)

Pewarna kuning - sedikit (optional)

(Dalam masakan ni saya tak masukkan pewarna kuning)

Cara Penyediaan

  1. Sebelum mula baking, panaskan oven lebih kurang 10 minit, suhu 170 atas dan bawah.
  2. Masukkan mentega & gula ke dalam mangkuk mixer.  Adunkan dalam mixer menggunakan mata ‘Paddle’.  Pukul adunan sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur satu persatu supaya adunan tidak menjadi pecah dan bergumpal . Pukul lagi adunan
  4. Sedikit demi-sedikit masukkan tepung serbaguna dan teruskan kacau adunan. Masukkan sedikit demi sedikit jus oren & pewarna kuning. Apabila adunan telah sebati, masukkan parutan kulit oren.
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  5. Sediakan loyang.  Saya gunakan loyang 8x8.  Sapu marjerin menggunakan berus kek ke dasar loyang.  Kemudian Alaskan dengan kertas baking. Kertas baking saya potong bulat mengikut saiz loyang.
  6. Masukkan adunan tadi ke dalam loyang. Ratakan. Kemudian, hentak beberapa kali loyang supaya kek tidak terlalu berongga dan permukaan sekata. 
  7. Bakar lebih kurang 40 minit sehingga sejam @ sehingga kek masak. Waktu kek saya dibakar lebih kurang 50 minit. Waktu memasak adalah bergantung dengan oven masing-masing. 
  8. Untuk mengetahui kek tersebut telah masak atau tidak, saya gunakan lidi & dicucuk ke dalam kek. Sekiranya ada adunan yang terlekat & masih basah bermakna kek belum masak. Sekiranya kek telah masak, tiada adunan yang terlekat pada lidi. Jika ada pun, ia kelihatan seperti serbuk kerana telah masak.






 

Resepi asal : AZIE KITCHEN

Comments

  1. Terbaikk ayang..memang sedap lagi2 bila dimakan selepas keluar dari oven.huhu :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Post