Sukiyaki Berkuah Masakan Thai


Sukiyaki merupakan masakan Thailand & mempumyai 2 jenis samaada jenis berkuah @ kering. Resepi ini sebenarnya dimakan lebih kurang bihun sup, tetapi saya olahkan menghidangkannya dalam bentuk steamboat kerana keluarga saya sukakannya.

Resepi di bawah sekadar guideline tetapi tuan / puan boleh masukkan apa jenis lauk yang disukai. Dalam masakan kali ini saya tambah bahan yang berlainan dari resepi asal termasuk menggunakan sosej sebagai antara bahan protein.

Bahan A

Air rebusan tulang lembu- jika tiada boleh pakai air biasa @ letak kiub lembu
Sos sukiyaki Thai - 5sb @ lebih (lagi banyak lagi sedap)
Air lada Thai - 1sb (jika tak tahan pedas tak perlu letak)
Sos Ikan Thai - 2sb
Daun pandan - diikat
Serai - diketuk
Cukup rasa - secukupnya
Gula - secukupnya
Garam - secukupnya




Bahan B
Isi ayam - dihiris (dalam masakan yang ni saya kisar halus isi ayam & bentukkan bebola)
Udang - dicelur ( kali ni saya tak masukkan )
Sotong - dicelur
Kangkung - dicelur (saya gunakan pakchoy)
Bihun / suhun - dicelur

CARA PENYEDIAAN

1.  Panaskan air rebusan tulang lembu & masukkan semua bahan A. Perasakan masam, manis, masin.

2. Masukkan suhun / bihun ke dalam mangkuk. Jika letak suhun jangan terlalu banyak kerana suhun cepat kembang. Tuangkan kuah ke atas suhun / bihun. Letakkan ayam @ seafood ke atasnya & kangkung

3. Sedia dihidangkan. Sedap dimakan panas-panas.

Comments

Popular Post