Nasi Air Ala Thai (Bubur Nasi Berlauk)

Bahan A (Nasi Air)
Beras - 2 cawan
Halia – 2 inci (diketuk)
Garam - secukupnya
 
Cara Penyediaan Nasi Air
1.       Basuh beras, toskan & goreng di dalam kuali sebentar. Goreng sehingga airnya kering.  Sejukkan kemudian masukkan dalam blender. Tambah air & kisar halus. 
2.       Masukkan beras yang dikisar ke dalam periuk.  Kemudian masukkan 2 kali ganda air berbanding memasak nasi biasa
3.       Masukkan halia dan garam.  Masak dengan api kecil. Biarkan mendidih & sentiasa kacau nasi air supaya tidak hangit dibawah.  Apabila telah masak ketepikan.
 
Bahan (Sup Ayam)
Bawang putih – 5 ulas & jangan dibuang kulit(diketuk)
Bawang merah – 2 ulas (hiris nipis)
Halia – 1 inci (diketuk)
Kulit kayu manis - 1
Bunga lawang - 2
Bunga cengkih - 3
Buah pelaga - 2
Ayam
*Kiub pati ayam – 1 biji
*Akar daun ketumbar / daun sup – Dibersihkan & diketuk akarnya
 
 
Cara Penyediaan Sup Ayam
1.       Minyak gorengan ikan bilis digunakan untuk menumis.  Setelah minyak panaskan, tumiskan bawang merah & bawang putih sehingga sedikit keperangan
2.       Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga.  Tumis sehingga wangi.
3.       Tambahkan air secukupnya.  Masukkan ayam, halia, perasakan dengan garam & gula.
4.       Masak sehingga mendidih & sehingga ayam empuk.
5.       Keluarkan ayam dari sup & sejukkan.
6.       Carik halus isi ayam tadi.
 
Bahan (Sambal cili hijau)
Cili – 5 batang
Bawang merah – 2 ulas
Cuka makan – sedikit
Garam – secukupnya
Gula – secukupnya
 
Penyediaan Sambal Cili Hijau
1.       Masukkan semua bahan di dalam blender
2.       Kisar halus.  Perasakan sambal masam, masin, manis.  Biarkan selama lebih kurang ½ jam agar rasa sebati.
 
Bahan (Sambal lada)
Cili padi – hiris
Sos ikan
 
Penyediaan sambal lada
1.       Gaulkan bersama bahan di atas. Siap dihidangkan.
 
Bahan (Minyak bawang putih)
Bawang putih – dicincang
Minyak masak – secukupnya
 
Cara penyediaan
1.       Panaskan minyak masak. Masukkan bawang putih yang telah dicincang tadi.
2.       Tumiskan bawang putih sehingga keperangan. Tutup api.
 
Cara hidangan :
Masukkan nasi air ke dalam mangkuk & tabur bahan di bawah.
 
Dihidangkan bersama:
Minyak bawang putih
Daun ketumbar – dihiris
Bawang Merah Goreng
Ikan bilis goreng
Lada jeruk
Sambal cili hijau
Sambal air lada
Telur rebus separuh masak    

Credited recipe to : Rezeki Dapur Kita          

Comments

Popular Post