Kek Sarang Semut



Bahan A (Gula Karamel)
Gula putih - 1 cawan (200g)
Air - 1 cawan (250ml)

Bahan B
Telur saiz B - 4 biji (kalau saiz A gunakan 3 biji sahaja)
Susu pekat - ½ cawan (153g)
Mentega - 1/3 cawan (76g)
Tepung gandum - 1 cawan (125g)
Soda bikarbonat / baking soda - 2sk
Esen vanila - 1sk
Mentega - Untuk sapuan di loyang

Cara Penyediaan:
1.Campurkan tepung gandum & soda bikarbonat. 

2.Ayak adunan dengan penapis.


3.Panaskan kuali. Dengan api sederhana, masukkan gula dalam kuali panas. Seeloknya gunakan kuali yang tebal.

4.Goyang sedikit kuali apabila gula telah keperangan supaya gula cair sekata & bahagian tepi gula tidak menjadi pahit.

5.Boleh juga gunakan spatula @ senduk untuk mengacau gula. 

6.Setelah gula cair sepenuhnya & berwarna cukup perang, cepat-cepat masukkan air.

7.Berhati-hati ketika masukkan air kerana wap gula agak panas jika terkena muka. Kacau cepat gula agar tidak berketul.

8.Dalam kuali lain, panaskan mentega dengan api perlahan. Tutup api ketika masih ada bongkah kecil mentega yang cair untuk menghalang mentega dari menjadi pahit. Mentega yang sedia panas akan mencairkan bongkah mentega lain yang belum cair.

9.Dalam bekas lain, kacau telur sehingga sebati menggunakan pemukul telur. Telur tidak perlu dipukul cukup sekadar kacau perlahan.

10.Apabila adunan telah sekata masukkan susu pekat manis. Kacau sehingga adunan sebati.
Setelah itu masukkan mentega yang telah dicairkan.

11.Seterusnya masukkan esen vanila ke dalam adunan.

12.Tuang adunan ke dalam tepung gandum yang telah digaul dengan soda bikarbonat.

13.Kacau sebati bahan adunan. 

14.Tapis adunan supaya halus dan tidak berketul.

15.Tutup adunan dengan kain bersih minimum selama 1 jam.

16.20 minit sebelum bakar kek, panaskan oven suhu 160c api bawah.

17.Siapkan loyang. Sapu nipis marjerin/mentega di  permukaan loyang.

18.Masukkan baking paper.

19.Tuang adunan ke dalam loyang.


20.20minit pertama, bakar kek suhu 160 c api bawah untuk menghasilkan kek yang lebih berongga menggunakan tray tengah.

21.Selepas minit ke 20 bakar kek suhu 160 c api atas & bawah menggunakan tray bawah. Bakar kek sehingga masak.

22.Jumlah masa pembakaran bergantung kepada oven masing-masing. Adjust mengikut oven masing-masing.

23.Untuk mengetahui samaada kek telah masak, cucukkan lidi ke dalam kek. Sekiranya lidi yang dikeluarkan bersih bermakna kek telah masak.


24.Apabila kek telah masak, keluarkan kek dari oven. Bahagian atas kek memang kurang berongga berbanding bahagian bawah.

25.Tunggu suhu kek sedikit berkurang menjadi agak suam, keluarkan kek dari loyang. Sedia dinikmati.





Resepi ini telah diolah sedikit dari resepi asal mengikut kesesuaian penulis.
Kredit resepi : Che Nom
Semoga اَللّÙ‡ُ kurniakan keberkatan rezeki buat Che Nom yang sudi berkongsi resepi

Comments

Popular Post